Lapor Kepada Pihak Berkuasa Jika Harga Tiket Naik – SPAD


Oleh rmf

145933eqpfja33yzhpp7e3

Pengguna boleh melaporkan sebarang kesalahan pengusaha bas yang menaikkan harga tambang dengan menghubungi SPAD ditalian 1800- 88- SPAD (7723) atau melaporkan diTwitter dengan mention @SPADchannel atau @AduanSPAD..pengguna juga boleh membuat aduan di Facebook rasmi SPAD iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat – SPAD

Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad memberi amaran kepada pengusaha bas ekspress agar tidak mengambil kesempatan menjual tiket bas dengan harga lebih mahal terutamanya pada musim-musim perayaan…

Che Hasni menegaskan sekiranya didapati bersalah, para pengusaha Bas Ekspress akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang mana hukuman maksimum sebanyak RM 50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah…

Kenaikan harga tiket bas pada musim-musim perayaan ini kerap kali kita dengar..biarpun pihak SPAD ada melakukan operasi dan penyamaran ianya masih tidak cukup jika pengguna tidak membuat aduan kepada pihak SPAD…sekarang ini banyak aplikasi mudah alih yang membantu kita untuk membuat aduan..

Kita sebagai pengguna perlu ambil sikap peduli..biarpun tidak semua pengusaha BAS perangai teruk tapi yang kecil-kecil inilah yang merosakkan martabat pengangkutan awam di Malaysia…ada juga kes dimana pengusaha tidak memberi tiket biarpun penumpang sudah membayar…dan ada kes penumpang dikenakan kadar harga tambang yang berbeza-beza…ini pengakuan sendiri yang dilaporkan oleh Che Hasni selepas operasi bersepadu SPAD dan agensi penguatkuasaan lain di Plaza Tol Jasin baru-baru ini…

Che Hasni melaporkan sebanyak 59 kes kesalahan dikenal pasti dilakukan pemandu lori, bas, dan teksi termasuk gagal mengemukakan permit kenderaan atau lesen pengendali, gagal mengemukakan jadual tambang dan membawa muatan berlebihan…

Setakat ini dari Januari hingga April 2015, SPAD merekodkan kesalahan paling tinggi pengangkutan awam di Malaysia dilakukan oleh Teksi iaitu 1,495 kes, lori 1,478 kes, bas 561 kes dan kereta sapu 88 kes…

Daripada jumlah 1,495 kes yang dilakukan pemandu teksi, 1,056 daripadanya adalah kesalahan tidak menggunakan meter..

Degil sungguh pemandu teksi ni..dahulu mereka bagi alasan tidak guna meter kerana kadar tambang rendah…apabila SPAD perjuangkan hak mereka dengan menaikkan tambang…mereka masih lagi melakulan masalah yang sama tidak guna meter…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s