Chew Mei Fun – Warga Tua Teras  Kepada Masyarakat, Hargai Mereka


Oleh rmf

prkkajang_chew

Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yan.g tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan.

Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.

Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita.

Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain.

Banyak faktor menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal bersendirian. Kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini.

Tidak sewajarnya kita meletakkan orang tua kita di rumah kebajikan kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi jika anak itu lelaki. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita sepertimana kita memerlukan orang tua kita sewaktu kita masih kanak-kanak

Timbalan Menteri Wanita , Keluarga dan Pembangunan Komuniti Datuk Paduka Chew Mei Fun memberi jumlah anggaran 1/3 dari sejumlah 1,574 dari mereka yang tinggal di rumah orang tua Jabatan kebajikan ada lah  mereka yang di biarkan dan disisih oleh keluarga dan anak anak mereka.

Dengan jumlah yang dapat di lihat , maka ini boleh di anggap merbahaya dan ancaman kepada institute kekeluargaan.

Antara punca pemaslahan ini , kata Datuk Chew Mei Fun ada lah berkemungkiinan anak anak dan pewaris “orang tua” ini telah berpindah ke kawasan lain, seperti ke Bandar besar atau berhijrah keluar Negara untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Datuk Paduka Chew menegaskan amat penting untuk mendidik anak muda nilai nilai kelaurga untuk memastikan mereka mengambil berat kebajikan ibu dan ayah mereka.

Dalam hal ini Datuk Chew mengajak badan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dan membantu kerajaan dalam usaha untuk menarik minat anak muda menjaga ayah dan ibu mereka.

Semua kenyataan ini tellah di ucapkan oleh Datuk Chew ketika mesyuarat tahunan ke 25 NACSCOM, ia itu sebuah badan kunsul bertaraf nasional bagi orang orang tua.

Malaysia kini ada hampir 8.8% dari sejumlah penduduk seramai 27 juta yang berusia 60 tahun ke atas.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s