FGV Dan ECN Belanda Hasilkan Kerjasama Menghasilkan Palet Bermutu Tinggi


Oleh rmf

mole-Felda-FGV-1

Pelbagai fitnah , pelbagai hasutan yang telah dilancarkan untuk menjatuhkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang mana merupakan  salah satu cabang perniagaan yang diuruskan oleh Felda.

Walaupun menhadapi pelbagai cabaran dari sekelompok manusia yang tidak memikirkan nasib peneroka, FGV terus melangkah kehadapan tanpa memperdulikan segala yang dilemparkan.

Pelbagai cabang perniagaan diterokai dengan gigih dari dalam dan luar negara untuk memastikan setiap perlaburan yang dibuat akan mendatangkan hasil untuk dikongsi bersama  peneroka dalam  kepelbagaian bentuk.

Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) untuk menghasilkan pelet bahan api berkualiti tinggi telah menarik minat FGV untuk mengadakan kerjasama teknologi  dalam penghasilan palet bahan api.

Justeru itu satu bentuk kerjasama telah dibuat oleh Anak syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di dunia itu, FGV Applied Technologies (FGVAT) bersama dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) untuk menghasilkan pelet bahan api berkualiti tinggi.

Kerjasama ini dibuat dalam bentuk program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tempoh 18 bulan untuk menggunakan teknologi TORWASH ECN

Menurut Ketua R&D dan Kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, teknologi tersebut mengubah tandan buah kosong sebagai bahan api pelet yang berkualiti tinggi.

Melalui tandan kelapa sawit yang mana selama ini hanya menjadi bahan buangan kini telah dikenalpasti  amat berguna untuk menghasilkan palet bahan api yang bermutu tinggi. Ini merupakan satu  cabang pendapatan baru yang diterokai oleh FGV untuk menghasilkan keuntungan.

Difahamkan bahawa teknologi bahan api palet ini boleh digunakan bersama  dalam penghasilan tenaga  yang menggunakan arang batu. Sehubungan itu semua hasil kajian  yang dihasilkan akan menjadi Harta Intelek bersama.

Untuk memastikan penyelidikan dan penghasilan palet bermutu tinggi ini melalui tandan kelapa  sawit maka sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Menurut kajian dan jangkaan setiap kilang akan menghasilkan kira kira RM10 juta dalam tempoh setahun. Pada yang tidak mengetahui apa itu ‘pelet’. Pelet sebenarnya bahan bakar yang boleh menghasilkan letrik dan permintaan terhadapnya amatlah tinggi.

Kebanyakan pelet yang terhasil akan dieksport ke Jepun, Korea, China, Jerman dan beberapa negara eropah, malah ianya bernilai jutaan ringgit jika dapat dihasilkan mengikut kualiti yang diminta oleh pasaran antarabangsa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s