Datuk Wee Ka Siong – Hentikan Pertelingkahan Demi Barisan Nasional.


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-MCA-UMNO

Pertikaian diantara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Dato Seri Najib telah mengundang  beberapa pandangan dari parti komponen yang melihat  bahawa isu ini tidak memberikan apa faedah kepada  Barisan Nasional.

Datuk Wee dalam kenyataannya berkata bahawa  isu ini memberikan impak  kepada Barisan Nasional dan menguntungkan pihak pembangkang dengan mengambil kira setiap ucapan yang dikeluarkan untuk dijadikan modal politik.

Justeru itu, beliau amat berharap agar pertikaian ini  ditamatkan segera dan memikirkan masa hadapan Barisan Nasional  untuk mengukuhkan barisan untuk menghadapi PRU14 akan datang.

“ Ia nya akan merosak kan imej Barisan Nasional dalam jangka masa panjang, dan pertelingkahan akan menyebab kan rakyat teralih dari melihat kerja kerja baik yang sedang dilakukan  Barisan untuk rakyat” Ujar Datuk Wee.

Datuk Wee juga menyatakan pembangkang sudah mula menggunakan kata kata tun Mahathir untuk menyerang BN.

Kenyataan Datuk Wee ini di ucapkan ketika majlis penyerahan cek pinjaman “Chang Min Thein Foundation”.

Walaupun kata Datuk Wee , kedua Tun Mahathir dan DS Najib  mahu kebaikan untuk Negara  namun pertelingkahan ini tetap tidak baik.

 “Ada kah baik untuk Barisan  jika Tun Mahathir di suruh berdiam ?” Tanya seorang wartawan, kepada soalan ini Datuk Wee menjawap “ia tentu sekali kelihatan seperti tidak beradap untuk menyuruh seorang negarawan berusia 89 tahun untuk berbuat begitu” .

Dalam kenyataan lain Datuk Wee menyatakan bahawa idea Datuk Hj Hadi Awang berkenaan kerajaan perpaduan ada lah tidak berapa betul memandangkan sesama parti pembangkang pun mereka tidak bersatu.

“Mereka kata mereka tidak setuju antara satu sama lain, tetapi ketika di prk Permatang Pauh mereka saling bergandingan” kata Datuk Wee.

Datuk Wee juga menyatakan parti MCA boleh di kira sebagai buta warna kerana tidak melihat apa kaum pun untuk di bantu , ini boleh di lihat dalam pemberian pinjaman oleh Chan Min Thien  di mana penerima nya hampir separuh penerima nya ada lah dari kaum lain.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s