Datuk Seri Ong Ka Chuan BR1M Bukan Rasuah Politik


Oleh rmf

Datuk Seri Ong Ka Chuan-BR1M

Amalan membantu kumpulan sasar seperti BR1M ini mampu menangani kos sara hidup dan seterusnya kerajaan dapat mengurus mekanisma subsidi negara dengan lebih berkesan dan mengurangkan ketirisan

BR1M telah diberi kepada 40% rakyat Malaysia yang dikategorikan di bawah kumpulan berpendapatan rendah dan pemberian ini diberi kepada mereka tidak mengira bangsanya dan fahaman politiknya. Inilah bukti ia bukan bertujuan rasuah politik.

Parti komponen Barisan Nasional, MCA menolak dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat Cina tidak menyukai pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan berkata, Tun Dr Mahathir perlu memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.

DS Ong yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata sebagai pemimpin MCA, beliau belum pernah mendengar cakap-cakap mengatakan kaum Cina yang mendakwa pemberian BR1M itu satu rasuah.

Setiausaha agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Dr Mahathir perlu memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.

“Ini pandangan yang tiada sokongan asas, kerana jika berkata demikian, perlu ada angka kata orang suka. Saya rasa ini saja cakap Dr Mahathir.” kata Datuk Seri Ong.

BR1M juga katanya adalah satu mekanisme bagi menangani kos sara hidup yang bukan sahaja diamalkan di Malaysia, tetapi juga di negara maju seperti Hong Kong dan Taiwan.

DS Ong mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir di dalam program Bicara Negara di Ipoh yang mendakwa, Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak menganggap pemberian wang tunai BR1M kepada rakyat satu ‘maharaja’.

 Tun Dr Mahathir mendakwa pemberian BR1M kepada kaum Cina tidak akan dapat menambahkan bilangan undi ketika pilihan raya kerana jumlah wang berkenaan tidak mencukupi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s