Timb. Menteri Wanita -Peguam Negara MESTI Buka Fail Rayuan Kes Bapa Rogol Anak


Oleh rmf

images (8)

Keputusan Mahkamah Rayuan di Kuching yang membebaskan seorang tertuduh, Bunya Jalon, 60 tahun daripada tuduhan merogol anak sendiri yang ketika itu berusia 15 tahun sehingga melahirkan anak telah mendapat bantahan masyarakat setempat.

Keputusan tersebut telah mendapat bantahan yang cukup hebat dikalangan masyarakat dan mempertikaikan kredibiliti mahkamah apabila ujian DNA membuktikan bahawa tertuduh adalah bapa/datuk kepada bayi tersebut. tertuduh sebelum ini telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Oktopber 2013..

Jalon ketika itu telah disabitkan dengan empat pertuduhan rogol yang mana dijatuhkan hukuman 42 tahun penjara, 11 sebatan dan bayaran RM 40,000 sebagai pampasan kepada mangsa.  Bunya didakwa merogol anaknya pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu.akibat perbuatan terkutuk itu, anaknya melahirkan anak pada 5 Februari 2012 dan ujian DNA mengesahkan Bunya bapa kandung kepada bayi itu.

Kemarahan masyarakat  timbul apabila mahkamah mengugurkan  kes tersebut dengan alas an tidak memasukkan zakat kedalam kemaluan mangsa dan hanya menggunakan jari  yang mengandungi air mani.

Apakah tindakan tersebut boleh melepaskan sesaorang dari menerima hukuman yang sewajarnya dan boleh dilepaskan dari hukuman gangguan seksual?

Antara yang memberi kecaman terhadap keputusan mahkamah rayuan ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau melahirkan rasa terkejut atas keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan yang memberi alasan memasukkan jari yang mengandungi air mani sehingga mengandung tidak disabitkan sebagai rogol..

Mei Fun kini mengesa agar Peguam Negara memfailkan rayuan serta-merta, jika ada Seksyen perundangan sebelum ini digunakan untuk mendakwa tertuduh yang boleh dipertikaikan…

“Jika Kanun Keseksaan atau Akta Kanak-kanak sendiri yang didapati tidak lengkap, pemansuhan segera dan pembetulan perlu dilakukan, kita merasakan apa sahaja perbuatan yang melibatkan perbuatan seksual untuk kanak-kanak bawah 16 tahun perlu diklasifikasikan sebagai rogol..tidak kira samada ia memasukkan zakar atau jari” kata Mei Fun.

Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata perkara ini akan dibawa ke Kementerian untuk perbincangan lanjut..

Agak hairan kes ini, bukan kan nak kata air mani masuk ke dalam kemaluan..anak sendiri mengandung dan ujian DNA telah dilakukan itu masih tidak diklasifikasikan sebagai kes rogol. Pembelaan terhadap kanak kanak mangsa  penderaan seksual ini seharusnya mendapat satu bentuk pembelaan yang sewajarnya dan hukuman yang berat dikenakan terhadap pelaku.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s