Fitnah  – FELDA Wajar Tuntut Ganti Rugi RM100Juta


Oleh rmf

235ec-felda-hanya-1

Susulan fitnah yang disebarkan oleh “Suara Keadilan “  pada lima tahun yang lalu telah menyebabkan FELDA mengalaman kerugian akibat terjejasnya reputasi dan kepercayaan dikalangan pelanggan.

Tindakan “Suara Keadilan” menyebarkan fitnah melalui artikel yang dikeluarkan telah mengakibatkan satu tindakan perundangan diambil terhadap  “Suara Keadilan”. FELDA atau Lembaga  Kemajuan Tanah Negara seharusnya menuntut ganti rugi berhubung penyebaran fitnah oleh akhbar pembangkang ini.

Menurut saksi, artikel itu juga telah menyebabkan reputasi Felda terjejas teruk dan memberi kerosakan mendalam kerana akhbar Suara Keadilan diedar secara meluas di rancangan-rancangan Felda, katanya pada perbicaraan taksiran ganti rugi di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Fauzani Nordin.

Dua artikel bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan ‘Kontroversi’ serta ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ dalam Suara Keadilan juga telah menggoncang keyakinan peneroka Felda terhadap Felda.

Katanya artikel fitnah itu juga telah menyebabkan kesan negatif peneroka Felda terhadap Felda kerana ia bermaksud bahawa Felda insolven dan telah menjalankan urusannya dengan cara meragukan tanpa tadbir urus yang betul.

Perbicaraan taksiran itu dibuat bagi menentukan berapa banyak ganti rugi yang akan diperolehi oleh (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, selepas menang saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah itu.

Pada 17 Okt tahun lepas, Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel tersebut, Rusnizam Mahat telah membuat pengakuan liabliti dalam kes saman itu.

Saksi itu berkata tajuk artikel itu juga berunsur provokatif dan sengaja direka untuk mensensasikan isu itu dan menyebabkan rasa malu yang maksimum kepada Felda.

Katanya artikel itu juga turut menjadi tajuk perbincangan di beberapa blog, internet dan ceramah.

Dalam keterangannya Mohd Shahrin juga berkata artikel itu juga menyebabkan pihak-pihak komersial berasa ragu-ragu untuk berurusan atau meneruskan urusan dengan Felda dan institusi kewangan juga berasa berat untuk memberi kredit.

Semasa disoal balas peguam Francis Pereira yang mewakili defendan, saksi itu berkata berdasarkan perbualannya dengan rakan-rakan di Felda, ramai peneroka Felda membaca artikel itu tetapi beliau tidak dapat memberikan jumlah tepat mereka yang membacanya.

Kepada soalan lain peguam itu, Mohd Shahrin berkata beliau mengetahui pihak komersial ragu-ragu untuk berurusan dengan Felda melalui perbincangan dengan ketua-ketua jabatan Felda dan bukannya melalui surat daripada pihak komersial itu.

Pada 16 Ogos, 2010, Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman fitnah terhadap ketiga-tiga defendan dengan mendakwa artikel itu yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010 menjejaskan imej mereka.

Perbicaraan taksiran ganti rugi itu bersambung 11 Jun.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s