Punca Nahas Helikopter- Kemungkinan Kerosakan pada penstabil, sistem hidraulik


Oleh rmf

Liowcrash

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan hasil siasatan helikopter malang Eurocopter Dauphine AS365 yang terhempas 4 April lalu di Semenyih..

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Penerbangan Awam pengarah sektor Operasi Penerbangan, Datuk Yahaya Abdul Rahman berkata, pengimbang kiri helikopter malang tersebut mengalami kerosakan sejurus mendarat di padang Muadzam selepas berlepas dari Pekan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sirip pengimbang sebelah kiri itu masih lagi tidak dapat dikesan sehingga kini setelah ianya terpisah 5 saat sebelum helikopter berkenaan terhempas…

Memetik laporan daripada Utusan, akhbar itu melaporkan Tiong Lai me­nge­sahkan juruterbang tidak membuat sebarang komunikasi dengan menara kawalan udara semasa me­lakukan pendaratan di padang bola sepak Sekolah Rendah Ladang Kota Bahagia.

Hasil daripada laporan awal ini, kita dapati ianya berpunca daripada masalah ketika mendarat di padang dan juruterbang tidak memeriksa helikopter berkenaan sebelum melakukan penerbangan semula..

Biarpun kita sudah mengetahui punca helikopter itu terhempas, namun simulasi tetap akan dijalankan yang mana ujian tersebut akan dilakukan di Perancis..tujuan simulasi ini untuk mengenalpasti bagaimana helikopter malang ini terhempas..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklumat berkenaan diperoleh daripada hasil siasatan dan pemeriksaan di kawasan pendaratan terakhir di padang bola sepak, Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Rompin sebelum kemalangan berlaku.

“Roda pendaratan kiri helikopter terbenam kira-kira 20 inci ke dalam tanah yang menyebabkan helikopter condong kira-kira 13 darjah ke kiri.

“Keadaan memungkinkan bahagian ekor bawah fenestron penstabil mendatar sebelah kiri dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan.

“Terdapat juga kesan kebocoran berlebihan pada lubang roda pendaratan kiri serta di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk terbang,” kata Liow.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung laporan awal nahas helikopter yang mengorbankan bekas ahli parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima individu lain.

Tambah Liow, menurut fakta yang diperoleh, sebuah lagi helikopter yang berada berdekatan telah membuat panggilan radio dan menyatakan bahawa helikopter 9M-IGB telah membuat penurunan curam sebelum terhempas.

Dalam pada itu, Biro Siasatan Kemalangan Udara akan meneruskan penyiasatan bagi menentukan punca penurunan curam serta faktor-faktor lain yang menyumbang kepada nahas helikopter berkenaan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s