Kenaikan Tambang Bas Express PEMBAWA Hantar Memorandum Kepada SPAD


Oleh rmf

Bas-Ekspress

Penanguhan tambang bas express untuk semua perjalanan di seluruh negara telah ditangguhkan pada bulan Mac yang lalu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan memberikan keutamaan pada kenaikan tambang teksi yang mana telah ditangguhkan selama 6 tahun.

Baru baru ini PEMBAWA atau Persatuan Pengusaha Bas Express Melayu Semenanjung telah menghantar satu memorandum kepada SPAD dengan tujuan agar menkaji semula kadar tambang semasa untuk dinaikan.

Memorandum tersebut meminta kerajaan melalui SPAD mengkaji semula dan meperhalusi jadar tambang sedia ada untuk  menyelamatkan perngusaha bas express agar tidak mengalami kerugia susulan  dengan kos kos yang ditanggung semakin meningkat.

SPAD sebagai sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab keatas  pengangkutan awam darat akan mengkaji dan meneliti kandungan memorandum tersebut  yang mana akan menguntungkan kedua belah pihak iaitu pengguna dan pengusaha.

Dalam membuat keputusan yang melibatkan keanaikan SPAD akan mencari jalan terbaik bagi membuat keputusan agar ianya tidak akan membenankan pengguna dalam tutntan isu kenaikan yang dibuat oleh PEMBAWA.

Rungutan pengguna seharusnya juga didengari oleh SPAD, semua permasalahan yang berhubung kait dengan kenaikan tambang seharusnya dikaji dengan  sebaik baik keputusan yang bakal dibuat. Setiap keputusan yang bakal dikeluarkan  jika tidak dikaji dengan teliti  dengan betul akan mengakibatkan kesan yang kurang baik kepada kerajaan.

Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pihaknya akan memberikan pandangan terhadap isu dibangkitkan persatuan ini..

Nancy dalam satu kenyataan berkata “Segala isu akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya beserta dengan cadangan bagi jalan penyelesaian terbaik kepada pengguna dan pengendali. Kami ingin menyatakan SPAD sentiasa peka terhadap segala permasalahan yang dibangkitkan oleh pengendali bas ekspres,”

SPAD perlu meneliti setiap keputusan yang bakal dibuat ibarat “menghela rambut dalam tepung-rambut jangan putus, tepung jangan terserak”…Isu ini perlu dilihat dari dua pihak..nanti bila penetapan harga tambang sudah dibuat, jangan terburu-buru menyalahkan kerajaan kerana menaikkan tambang sedangkan ianya permintaan daripada Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA)

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s