Semakin Terdesak Pembangkang Fitnah Datuk Heng Ketua Wanita MCA


Oleh rmf

IMG-20150506-WA0001

Kemenangan BN di tiga kawasan majoriti masyrakat Cina di PRK Rompin adalah petanda menunjukkan bahawa MCA telah berusaha keras untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan pengundi .

Hasilnya, Bandar Rompin, Kuala Rompin dan Tanjung Gemuk dapat semula dikuasai sokongan dari masyarakat Cina yang mana pada PRU13 yang lalu telah berpihak kepada  pembangkang.

Melihat keadaan ini, Pembangkang  seakan sudah tidak dapat menerina bahawa sokongan masyarakat Cina semakin memihak kepada BN. Ini merupakan satu petanda yang kurang baik bagi PR. Mana tidaknya jika ini berterusan PR akan tumbang merosot pada PRU14 nanti.

Tsunami cina pada satu ketika dulu seakan sudah tidak relevan lagi setelah keputusan PRK Rompin . Jika perkara ini berlarutan sehingga PRK Permatang Pauh, maka boleh digambarkan bahawa satu perubahan besar sokongan bakal terjadi dimasa akan datang.

Perkara yang paling penting MCA telah memainkan peranannya sebagai komponen yang bergerak dan bekerja keras untuk memastikan sokongan masyarakat Cina satu ketika dulu telah mengurangkan kerusi di Parlimen mungkin akan kembali semuala kepada BN.

Jika kita imbas kembali pada PRK Telok Intan, disini bermulanya sokongan  masyarakat cina yang mana  walaupun sedikit majority susulan ada dikalangan pengundi  tak keluar menjalankan tanggungjawab, tetapi ianya merupakan penanda aras yang pertama  dimana pengundi mula menilai apa yang dilakukan oleh PR.

Kesannya pada PRK Rompin, kawasan yang dikuasai oleh masyarakat Cina mula menukar haluan  kepada BN yang mana dahulunya dikuasai oleh PR. Apa lagi yang mampu dilakukan PKR mula mengatur pelbagai Fitnah untuk membohongi rakyat.

Billboard Datuk Heng sebagai Ketua Wanita MCA difitnah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan apa yang sebenarnya. Taktik ini  adalah untuk mendatangkan kebencian pengundi Melayu terhadap MCA. Begitu kotor sekali cara politik pembangkang.

Selepas ini kita akan  melihat perkembangan keputusan yang mana Permatang Pauh kini sudah menjadi mendan tempur menunjukkan kekuatan dengan taktik kotor oleh Pakatan Pembangkang. Pengundi seharusnya menilai masa depan mereka dalam membuat keputusan.

MCA telah mengerakkan jenteranya lebih awal lagi di Permatang Pauh untuk memastikan semua sokongan masyrakat Cina akan terus memberikan sokongan kepada BN semula. Gerak kerja awal yang dilakukan oleh  MCA diharapkan akan menunjukkan hasil yang terbaik.

Dengan gerakan berstrategi MCA terus tanpa mengira masa berkempen di Permatang Pauh tanpa mengira waktu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.  Calon muda Abg Mie kini terus melakukan lawatan dipelusuk tempat bersama jentera pilihanraya BN.

Calon kitar semula  kini berhadapan dengan situasi kritikal dimana keganasan demi keganasan dilakukan untuk menakutkan pengundi di Permatang Pauh. Sistem demokrasi dilanggar tanpa memperdulikan arahan SPR.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s