#PRKPermatangPauh Tolak Budaya Samseng Pembangkang – Pilih Barisan Nasional.


Oleh rmf

11182307_1569460353306134_3642805231210465195_n

Budaya politik samseng kini sebahagian daripada politik yang diamalkan oleh pembangkang bukan sahaja memperlihatkan satau budaya yang tidak bertemadun  yang diamalkan dalam politik negara.

Ia satu budaya yang bertentangan dengan kesopanan penduduk di Permatang Pauh  sejak turun-temurun yang mengamalkan budaya saling hormat- menghormati antara satu sama lain, sekarang dicemari dengan budaya yang membelakangkan demokrasi.

Pastinya penduduk Permatang Pauh sekarang telah jelas melihat bagaimana corak pemikiran pembangkang yang hanya mementingkan politik sahaja bukan menitikberatkan soal keharmonian yang telah lama diamalkan dalam negara ini.

11203065_1569460363306133_7031748302989813093_n

Dalam banyak- banyak pilihan raya yang telah dilalui di negeri ini tidak pernah beliau melihat budaya politik kurang ajar seperti itu berlaku secara terangan tanpa menghiraukan hak hak orang ain.

Baru baru ini pembangkang sanggup menggunakan kekerasan untuk menghalang parti lawan mereka menjalankan kempen yang bersih. Poster, banner dan yang berkaitan dengan kempen dirosakkan. Malahan cubaan memukul perayu untuk  juga hampir berlaku.

Jika ini lah parti politik yang menjadi pilihan rakyat Permatang Pauh , apakah akan memberikan jaminan keharmonian yang dikecapi selama ini akan dapat dinikmati.

Barisan Nasional acapkali dalam kempenya menitikberatkan keharmonian yang  diamalkan dan  sentiasa melakukan kempen yang bersih dalam mana man pilihanraya. Namun begitu pembangkang sentiasa melakukan taktik kotor mereka untuk melakukan fitnah.

Untuk mendapatkan sokongan pembangkang akan lakukan apa sahaja. Cuba kita imbas kembali berapa banyak fitnah yang dilakukan semasa pilihanraya, jadi ianya mungkin akan berlaku di Permatang Pauh nanti.

Sebagai rakyat yang cintakan keharmonian kita perlu mempertahankan budaya yang baik dan kita tidak boleh menerima budaya samseng yang dibawa oleh pembangkang.

 Menerangkan isu-isu semasa yang dimainkan oleh pembangkang selama ini. Isu-isu tohmahan yang sengaja diputar belit serta mengenai peranan kerajaan BN yang sentiasa mengatur keperluan dan menangani masalah serta memikirkan pembangunan untuk rakyat. Ini cara BN berkempen , bukan memaki hamun , fitnah dan sebagainya.

BN mengotakan apa yang dijanjikan tetapi pembangkang hanya menjanji bintang dan bulan serta tidak dapat membuat apa-apa. Perbezaan ini nyata dilihat dimana proses menunaikan janji dilakukan secara berperingkat.

Selama 17 tahun PKR berkuasa di Permatang Pauh, tanya mereka apa yang telah mereka buat, langsung tidak ada.Jadi pada hari pengundian sama samalah kita menolak pembangkang, kerana itu sahaja cara untuk BN membela nasib rakyat Permatang Pauh..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s