#PRKPermatangPauh  Kempen  MCA Seperti Semut Hitam Diatas Batu Di Malam Gelap


Oleh rmf

FB_IMG_1430632461683

Diplomasi, toleransi dan kemesraan adalah menjadi aras pendekatan yang diunjurkan oleh MCA melalui kempennya membantu BN di Permatang Pauh dari terus di kuasai oleh keluarga Anwar Ibrahim.

MCA bergerak dalam senyap dan terang  , seperti semut hitam diatas bati dimalam yang gelap. MCA terus  bergerak tanpa henti memastikan kempen yang dijalankan akan dapat meraih sokongan pengundi untuk  memberikan kemenangan kepada BN.

Tanpa publiksiti  yang hebat mereka bergerak disetiap pelusuk . ceruk kampung serta dimana mana sahaja  adanya pengundi di Permatang Pauh. Pendekatan sebegini secara langsung nya memberikan sentuhan dan mendengar sendiri tentang permasalahn yang dihadapi oleh pengundi selama ini.

FB_IMG_1430632458751

Permatang Pauh dikuasai oleh PKR  beberapa penggal yang lalu telah banyak ketinggalan dalam arus pembagunan termasuk  jalan jalan raya yang cukup mengaibkan. MCA dengan gerak kerja yang tersusun terus meninjau  permasalahan ini.

PKR melalui calonya Wan Azizah mengambil pendekata juno yang mana pendekatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana mana ahli politik yang bertanding. Pendekatan menggunakan kanak kanak , bermain buaian dan menari kipas adalah salah satu  pendekatan yang mana tanpa memikirkan  permasalahan pengundi.

Secara tidak langsung kita dapat melihat bahawa calon PKR ini , adalah calon yang mana tidak mahu memikirkan masalah akan tetapi hanya mahu  bermain atas tiket politik dan memperbodohkan pengundi di Permatang  Pauh.

FB_IMG_1430632464320

MCA melalui gerak kerja yang dilancarkan sejak  mendapat tarikh  PRK Permatang Pauh telah memulakan gerak kerja secara tersendiri. Dari warung hingga ke pasar dan seterusnya ke rumah rumah semuanya  dilawati sambil berkempen.

Pasar Awam Seberang Jaya, MCA mendekati pengundi dengan  pendekatan bersemuka untuk mendengar permasalahn yang dihadapi oleh mereka yang berniaga. Laporan dikemuka kan untuk tindakan bagi memastikan keselesaan  peniaga di Pasar Seberang Jaya dipertingkatkan.

Politik kebencian , menceritakan keburukan dan memaki serta demontrasi jalanan adalah sinonim dengan politik yang diamalkan oleh pembangkang. Tidak hairanlah bagaimana setiap kali PRK dimana mana juga mereka hadir bertanding.

FB_IMG_1430632469022

Sekarang rakyat sedang menilai kepimpinan yang ada , menilai apakah yang mampu dilakukan oleh saorang wakil rakyat terhadap  pengundinya. Sekarang rakyat dan pengundi Permatang Pauh kebanyakannya telah sedar penipuan yang dilakukan oleh  PKR terhadap mereka.

Amanah yang diberikan kepada PKR telah di mungkiri. Kini MCA dengan semangat yang jitu terus menyakini rakyat dan pengundi Permatang Pauh  bahawa  hanya BN sahaja yang mampu membela nasib dan menjanjikan pembangunan yang mana  Permatang Pauh telah banyak ketinggalan.

Dalam usaha membantu calon BN Shuhaimi di Permatang Pauh. Gerak kerja digambarkan dengan penuh kerikhlasan dari hari pemimpin MCA.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s