Harga Rumah PGBF – Kerajaan Prihatin Kekal Harga RM90 Ribu.


Oleh rmf

images

Kerajaan yang perihatin sentiasa mendengar keluh kesah hati rakyatnya yang bersesuaian dengan kehendak semasa. Kerajaan akan menimbang segalan  rintihan rakyat yang memerlukan setiap pertolongan.

Inbi lah yang dilakukan oleh Perdana Menteri  Malaysia Dato Seri Najib dalam  memastikan generasi kedua Felda dapat menikmati dan memiliki rumah sendiri melalui skim PGBF.

Melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membawa satu berita gembira untuk generasi kedua Felda dimana keluhan hati mereka telah mendapat perhatian  yang sepenuhnya dari kerajaan.

Berhubung dengan kadar kenaikan harga baru rumah projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) bernilai RM90,000 kepada RM120 ribu hingga  RM140 ribu telah mengundang kepada kegelidahan generasi kedua.

Berita gembira yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu bahawa harga rumah generasi kedua telah  diselaraskan untuk rumah yang dibina dalam semua tanah rancangan FELDA.

Dato’ Razali Ibrahim menyatakan ia melibatkan rumah PGBF sebanyak 8,570 unit yang telah ditender dan sedang dalam pembinaan.

Kerajaan mendengar rintihan warga FELDA dan belia FELDA untuk menurunkan harga rumah PGBF pada harga RM90,000.Harga yang diumumkan ini melibatkan semua rumah yang telah ditender dan dalam proses dibina dalam semua tanah rancangan FELDA.

Pembinaan rumah belia Felda ini bukan setakat di Rompin sahaja , malahan ianya  akan dibangunkan di kesemua Felda di semenanjung. Penerangan Razali sekali gus menafikan kenyataan lain timbul selepas pengumuman harga baru dibuat iaitu harga RM90,000 hanya dalam tanah rancangan FELDA di Parlimen Rompin.

Bukan itu sahaja  dengan  harga RM90,000 adalah harga termasuk kos prasarana yang ditanggung sepenuhnya oleh FELDA. Betapa perihatinnya kerajaan tentang permasalahan yang di utarakan oleh belia dalam isu harga rumah ini.

Harga baru itu merupakan harga yang telah dipersetujui oleh pembeli dan kontraktor yang terlibat dalam projek PGBF.Pelbagai kenyataan yang diterima terutama dari belia FELDA, melalui perbincang dan menilai, harga RM90,000 adalah harga yang dipersetujui oleh pembeli (belia FELDA) dan kontraktor.

Dengan harga yang ditawarkan untuk perumahan ini , Felda yakin permohonan membeli rumah PGBF akan meningkat selepas ini kerana harga yang ditawarkan sudah boleh diterima dan ditanggung oleh belia FELDA berdasarkan pendapatan belia FELDA setiap bulan.

Isu harga rumah PGBF menjadi hangat berikutan belia FELDA menyatakan tidak mampu untuk membeli rumah PGBF pada harga baru yang ditawarkan iaitu dalam lingkungan RM120,000 sehingga RM140,000.

Namun, Keperihatinan kerajaan mendengar rintihan dan keluhan warga FELDA terutama belia FELDA untuk menurun harga rumah kepada RM90,000 sahaja.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s