SURAT TERBUKA KEPADA YB DUN TRONOH


Oleh rmf

SURAT TERBUKA KEPADA YB DUN TRONOH

Y.B En. Yong Choo Kiong
ADUN Tronoh
27-A Persiaran Desa Tronoh Indah
31750 Tronoh
Perak Darul Ridzwan
duntronoh.bg@gmail.com

21hb April 2015

Salam 1Malaysia.

Y.B Encik Yong Choo Kiong.
Semoga tuhan memberi kesihatan & kewarasan kepada YB dalam menjana minda hebat buat Negeri Perak Darul Ridzwan tercinta.

SEJARAH KEBIADAPAN PEMIMPIN BUKAN MELAYU DALAM SEJARAH MELAYU & SEJARAH MALAYSIA.

Saya amat menghormati Y.B kerana jasa YB yang turut bersama menyumbang dalam membangunkan kawasan DUN Tronoh. Semoga Tuhan membalas jasa baik YB dengan kesihatan dan kewarasan yang ampuh (Jika YB Masih Percayakan Tuhan)

Saya adalah seorang yang mengkagumi keharmonian masyarakat berbilang kaum, berbilang agama, dengan asas RUKUN NEGARA.

  1.  Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja & Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang Undang
  5. Kesopanan & Kesusilaan

Saya pasti, ilmu sejarah yang pada Y.B telah membawa kepada penyokong DAP & Pakatan Rakyat (Masih Belum Berdaftar) untuk menyokong YB sebagai idola dalam menjadikan DAP sebagai wadah perjuangan politik rakyat Malaysia dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri & kesetiaan kepada negara Malaysia yang tercinta.

Saya sungguh sedih pada ketika awalnya apabila terdengar berita mengenai keceluparan YB yang menghina DYMM Sultan Perak ketika pembukaan sidang DUN Perak pada 31hb Mac 2015.

Fakta & sejarah peristiwa kebiadapan ADUN Pembangkang yang diketuai oleh YB menjadi rakaman visual yang sungguh menyedihkan.

Ini kerana Y.B sendiri yang melafazkan kata-kata cemuhan dengan jelas dalam keadaan penuh sedar dan amarah ini menjadikan berlakunya pertikaman lidah yang berlarutan hingga keluar Dewan Persidangan.

Namun kesedihan saya ini melonjak menjadi kekhuatiran akan anasir yang saya jangka cuba merosakkan maruah orang Melayu melalui sejarah seperti fakta sejarah Peristiwa Bukit Kepong semasa darurat dahulu yang mana DAP mengatakan Chin Peng sebagai Pejuang?

  1. Adakah Pembunuh yang membawa ideologi Komunis yang menolak Tuhan, yang berlawanan dengan Rukun Negara – Kepercayaan Kepada Tuhan menjadi FAHAMAN DAP?
  2. Adakah DAP Parti Komunis yang berselindung disebalik parti politik?
  3. Adakah YB mahukan kami Rakyat Malaysia mengkaji kesamaan dan tingkah laku Komunis yang di laksanakan oleh DAP?
  4. Adakah isu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ini satu gurau senda kepada ideologi DAP?
  5. Tidakkah ketika YB mengangkat sumpah sebagai ADUN Perak, YB menyatakan sumpah setia kebawah DYMM Sultan Perak?

Sebagai ilmuwan dan pemimpin kepada rakyat Perak, saya yakin YB mempunyai Integrity serta maruah pada amanah yang diberikan oleh pengundi Tronoh yang pastinya dari berbilang bangsa dan lingkungan agama serta tahap sosial yang berbeza.

  1. KENAPA YB YONG CHIOO KIONG TIDAK MEMBUAT KENYATAAN MAAF ATAS KECELUPARAN DAN KEBIADAPAN YANG MELAMPAU KETIKA SIDANG DUN PERAK Kali Ke 13 Pada 1hb APRIL 2015 ?

Saya dengan penuh takzim, memohon jasa baik YB agar memperjelaskan isu Pemakaian Baju Warna Hitam Tanda Protes walaupun Arahan Surat Jemputan Jelas Menyatakan Pakaian “No. 1 Dress” bersama pemakaian DARJAH/BINTANG yang pernah dianugerahkan kepada YB.

Sebagai orang Melayu, rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian sesama Rakyat Malaysia, saya masih percaya TAK HILANG MELAYU DI DUNIA, tapi Melayu juga boleh menghilangkan kredibiliti Cina yang memperlekehkan Sejarah Melayu, Sejarah Malaysia & Kedaulatan Raja Raja MELAYU!!!!!

Yang Tahu DAP Itu Pro Komunis

Azuddin Jud Haji Ismail.
G.A.M.I.T
Pulau Pangkor
Manjong
Perak Darul Ridzwan

‪#‎DaulaTuanKu604

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s