MCA Lebih Bersemangat Dalam PRK Rompin Dan Pematang Pauh.


Oleh rmf

IMG-20150423-WA0020

Sejak dari awal lagi MCA telah mengerakan semua jenteranya  besar besaran di Permatang Pauh untuk membantu  kempen PRK agar memihak kepada  BN.

Sebelum ini, prestasi MCA dalam PRU yang lalu banyak dipertikaikan, namun dengan transfomasi baru yang dibawa oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membuktikan kesungguhan MCA dalam memenangi hati pengundi cina  semula.

Ini dapat dibuktikan dimana pembukaan semula pusat pusat kegiatan masyarakat diseluruh  tempat yang  dengan bertujuan untuk membantu masyrakat tanpa mengira  kaum dan etnik. Kesungguhan ini telah menampakkan hasil yang positif.

PRK Rompin dan PRK Pematang Pauh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini bangkit dengan mengatakan bahawa MCA komited dalam memastikan kemenangan BN dalam kedua – dua PRK tersebut.

Gerakan bersepadu dilancarkan untuk menangkis fitnah yang dilemparkan  dengan bertujuan untuk melemahkan serta mengikis sokongan dan kepercayaan  pengundi terhadap  kempen yang dijalankan nanti oleh MCA.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan penuh berkeyakinan menyatakan bahawa  lebih ramai jentera kempen yang akan dihantar bagi memastikan  sasaran pengundi tercapai . Jentera pilihanraya MCA yang terdiri dari pelbagai  kumpulan termasuk pemimpin MCA sendiri.

Sebagai sebuah parti politik MCA sudah pastinya mempunyai strategi yang cukup jitu untuk mengimbangi  kawasan yang luas dan mengutamakan kawasan kawsan yang mempunyai jumlah pengundi yang banyak.

Semestinya dikawasan berkenaan  jentera kempen MCA akan diperbanyakkan untuk memenangi hati pengundi dengan kempen yang meyakinkan berdasarkan kejayaan kejayaan kerajaan yang mana kebanyakan isu  telah diputar belitkan oleh pembangkang.

MCA dengan semangat setiakawannya bersama BN akan terus mengimbangi keperlua jentera di kedua dua tempat PRK iaitu Rompin dan Pematang Pauh. Disini sahaja kita  boleh melihat  bahawa MCA bukan lagi sebuah parti yang  boleh dimomokkan sebagai tidak  menunjukkan komitmennya  .

Malah sejak transfomasi  dilancarkan oleh Presiden MCA , sehingga kini MCA telah mula mendapat kepercayaan dikalangan pengundi dan  kepercayaan ini juga  akan digunakan untuk menarik lebih banyak pengundi untuk menyokong calon Barisan Nasional di kedua dua tempat pilihanraya.

Malah, menurut Dr. Wee, beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bergilir-gilir antara Rompin dan Permatang Pauh. Bagi kami ini sudah cukup bagus berbanding pihak pembangkang dimana PAS boikot PKR di Permatang Pauh dan kemudian DAP & PKR boikot PAS di Rompin. Namun syukur, BN tetap berdiri teguh dibelakang calon bagi memastikan kemenangan milik BN!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s