PRK Rompin : Masyarakat Felda Lebih Bijak Menilai Isu Yang Dibawa Oleh Pembangkang.


Oleh rmf

image

Dalam menyelusuri suasana kempen yang sedang hangat dibuat  oleh parti parti yang bakal bertanding, kita seakan sudah tahu dan mengerti apakah isu isu yang akan dibangkitkan.

Sebagaimana biasa penceramah penceramah pembangkang  akan mengunakan setiap peluang dan ruang untuk melakukan hasutan dan membohongi rakyat dengan dengan isu yang mereka jangkakan rakyat kurang memahaminya.

Semalam rakyat Felda telah didatangi oleh Nasaruddin Tantawi untuk “mengoreng isu” semasa kepada masyarakat Felda Keratong 4.  Kita tahu apa lagi isu kalau bukan dengan memutar belitkan dari fakta oleh pembangkang.

Nasaruddin Tantawi sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin  sedang sedaya upaya untuk mendapat sokongan dari masyarakat Felda, tetapi bukan semuanya akan menpercayai apa yang dikatakan oleh Nasaruddin ini.

Bukan baru sekali keseluruhan masyarakat Felda  telah didatangi oleh pembangkang, malah  sebelum ini  berbagai kumpulan NGO dan juga pembangkang cuba melakukan perkara yang sama, Namun semuanya gagal.

Kebijaksanaan masyarakat Felda dalam menilai keseluruhan isu dan  dengan apa yang nikmati serta kecapi adalah amat berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh pembangkang. Anak anak felda terus menyatakan sokongan kepada kerajaan walaupun ada sebahagian mereka terhasut.

Jika kita imbas sekali lagi PRK yang telah berlalu, disini kita dapat melihat bagaimana  sokongan  masyrakat Felda terhadap kerajaan.

Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional semalam di DUN Kerdau dan DUN Merlimau telah menterjemahkan banyak perkara.

Sebelum ini, Barisan Nasional juga telah memenangi di DUN Tenang di Johor dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Jika kita lihat, pertambahan majoriti yang paling ketara telah di sumbangkan dari kawasan-kawasan Felda.

Walaupun pelbagai gelaran yang telah diucapkan oleh pembangkang kepada masyarakat Felda ianya tidak mengubah sama sekali sokongan masyarakat Felda kepada kerajaan. Mereka mengenang apa yang dikecapi sekarang dan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menaik taraf hidup mereka.

Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti ‘STOK PENIMBAL BN’, LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR’ dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang.

Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda.

Isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda.

Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang.

Percayalah masyarakat Felda hari ini  bukan mudah di perkotak katikkan cara pemikiran mereka. Mereka lebih bijak dalam membuat keputusan dengan melihat apakah yang dilakukan oleh pembangkang sekarang di negeri yang diperintah oleh mereka.

Pilihanraya Rompin yang akan berlangsung tidak lama lagi, akan membuktikan sekali lagi kesetiaan masyarakat Felda  dalam mendukung dasar kerajaan serta sokongan yang akan memberikan kepercayaan kerajaan dalam memastikan Felda  adalah yang terbaik bagi mereka.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s