PKR Pentingkan Elaun Banduan Dari Elaun KAFA


Oleh rmf

16556658683_fc3f5670dd

Sikap double standard pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali ditempelak apabila membuat polisi yang berkaitan dengan individu dan kebajikan rakyat.

Facebooker Pecah Palak Mikir membidas sikap Azmin yang mengekalkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, meskipun individu itu kini kembali berstatus banduan

Namun, apabila melibatkan soal kebajikan elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Azmin berkata ia masih dalam proses kajian.

“Semasa Azmin berkeputusan kekalkan banduan Anwar sebagai penasihat ekonomi dan elaunnya tidak perlu ada kajian pun tetapi untuk guru KAFA yang hanya tambahan elaun RM200 dari RM1300 sudah masuk 8 tahun masih mengkaji mekanisme pembayaran yang tulus.

“Telus lubang perut dia sajalah yang ikat perut tu guru-guru KAFA yang mengajar agama kepada anak-anak Selangor,”katanya.

Azmin dilaporkan Bernama pada prinsipnya kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun gugu-guru KAFA itu, namun masih meneliti mekanisme yang sesuai untuk pembayaran.

“Kerajaan negeri melalui Exco agama sedang teliti (perkara itu), pada prinsipnya kita telah bersetuju tetapi mekanisme pembayaran mestilah telus kerana ini soal kewangan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru KAFA, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham pada Selasa, yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada PRU-13, kerajaan gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru KAFA di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Sementara itu, Azmin dilaporkan The Malaysian Insider pada 7 April lalu berkata Anwar Ibrahim masih lagi merupakan Penasihat Ekonomi Selangor yang sah, walaupun beliau kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh.

Azmin berkata, kerajan negeri masih boleh mendapatkan nasihat Anwar melalui hasil penulisan dan rujukan, selain kertas kerja yang pernah dibentangkannya sebelum ini.

“Tidak apalah hari ini dia ada dalam penjara, esok belum tentu.

“Tetapi kalau pun dia dalam penjara, apakah saya tidak boleh dapat nasihat dengan penulisan dengan rujukan beliau, kertas kerja yang dibentangkan di dunia saya boleh rujuk.

“Sebab itu bagi saya beliau masih penasihat ekonomi di negeri Selangor,” katanya

http://www.anwaraidc.com/2015/04/elaun-kafa-selangor-dikaji-tetapi-elaun-banduan-anwar-tanpa-kajian/

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s