Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mula Beroperasi


Oleh rmf

 bas1Bencana alam yang melanda Pantai Timur baru baru ini telah mengakibatkan terputusnya hubungan darat yang mana menyukarkan pergerakan akitiviti ekonomi berjalan.

SPAD melihat keadaan ini dan mengambil inisiatif untuk memulihkan laluan pengankutan darat yang terjejas.  Sebelum ini rata rata dikalangan masyarakat di Dabong, Kemubu dan Kuala Krai menggunakan perkhidmatan laluan darat  iaitu perkhidmatan Keretapi sebagai pengangkutan utama .

bas

Setelah berlakunya banjir baru baru ini telah mengakibatkan kerosakan yang terus pada landasan dan  perkhidmatan laluan keretapi tidak dapat digunakan atas sebab  keselamatan.

Justeru itu, sebagai langkah alternative yang diambil oleh SPAD, satu perkhidmatan bas henti henti telah diwujudkan untuk  meyelesaikan masalaha perhubungan jalan darat  yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan perkhidmatan bas berhenti-henti sejak 13 April, 2015 bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai.

bas3

Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga pada 14 April telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong.

Perkhidmatan bas henti henti ini akan diteruskan sehingga perkhidmatan rel yang telah rosak  dapat dipulihkan sepenuhnya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada penduduk setempat mengenai keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut dan mengenai perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh ditambahbaik.

 SPAD

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s