Perkhidmatan ETS DiPerluaskan lagi Dari Padang besar ke KL Sentral Sedikit Masa Lagi.


Oleh rmf

IMG_2425

Pengangkutan awam darat kini melangkah setapak lagi dengan  perkhidmatan  ETS yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Ini merupakan satu kemajuan yang nyata dan  kewujudan ETS dari Padang Besar ke KL Sentral ini akan dapat menjimatkan masa perjalanan.

Sukar dibayangkan apabila perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur bakal memakan masa hanya empat jam 15 minit berbanding kira-kira 12 jam menerusi perkhidmatan lokomotif diesel.

Perkara ini dinyatakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad kepada Bernama yang turut memberitahu perkhidmatan ETS bakal bermula September ini menggunakan landasan berkembar selaju 160 kilometer sejam.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata secara rasmi ETS akan bermula September ini, namun diharap ia dapat beroperasi sebulan lebih awal iaitu pada Ogos.

Buat masa ini pelbagi ujian  dijalankan untuk memastikan tiada permasalahan teknikal akan berlaku  semasa operasi  dilancarkan sedikit masa lagi..

Nawawi menjelaskan bagi laluan Padang Besar-Kuala Lumpur, ETS akan berhenti di lima buah stesen utama.

Difahamkan stesen berkenaan ialah Arau, Alor Setar, Bukit Mertajam, Ipoh sehingga berakhir di KL Sentral. KTMB akan menjalankan ujian laluan selama sebulan Jun ini.untuk memastikan laluan  selamat digunakan .

Perkhidmatan Padang Besar-Kuala Lumpur pada mulanya akan menggunakan empat set tren daripada 10 set yang dibeli daripada sebuah syarikat China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co

Bagi melancarkan perjalanan mengikut jadual KTMB dijangka menerima lima set tahun ini manakala selebihnya tahun depan Dengan empat set itu, KTMB berkemungkinan akan mengadakan perkhidmatan sebanyak empat kali sehari iaitu pada sebelah pagi, tengah hari, petang dan malam

KTMB masih menjalankan kajian mengenai jadual perkhidmatan ETS selain turut mengambil kira faktor penawaran dan permintaan daripada pengguna. Jadual perkhidmatan ETS Padang Besar-Kuala Lumpur serta harga tiket akan ditentukan kemudia

Projek landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar bermula pada 2008 dan bernilai kira-kira RM13 bilion. Ia juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo. Dimasa akan datang  penambahan laluannya bakal dipanjangkan sehingga Johor Baharu.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s