Jasa FELDA – Anak Felda Yang Mengenang Budi


Oleh rmf

235ec-felda-hanya-1

Dua hari lepas, aku pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat ladang kelapa sawit milik swasta dari tepi lebuhraya.

Memang syarikat ini beruntung kerana segala infrastruktur telah tersedia untuk mengangkut hasil yang di kutip keluar dari ladang, tak seperti apa yang di alami oleh ayah kesayangan ku. Banyak kepayahan yang kami lalui dulu.

Mengingatkan tentang analisa yang telah aku lakukan berkaitan pendapatan Felda dengan syarikat-syarikat lain pada artikel yang lepas, aku membuat keputusan untuk menjengah ke penempatan pekerja-pekerja ladang ini. Bukannya apa, tapi sekadar nak tahu :-

1) Bagaimanakah kehidupan mereka?

2) Apakah keistimewaan yang mereka perolehi?

3) Bagaimanakah pendidikan anak-anak pekerja ladang ini?

Di lokasi yang pertama, saya bertanya kepada beberapa pekerja ladang berbangsa india tentang soalan-soalan ini. Rumah yang dapat kita lihat di atas telah di bina hampir 20 tahun yang lepas dan sangat sempit di dalamnya. Beliau mempunyai anak yang ramai.

Menurut beliau, rumah yang di sediakan oleh syarikat swasta ini mempunyai banyak masalah namun mereka terpaksa menerima seadanya. Tentang soal pendidikan, mereka bergantung kepada sekolah yang di sediakan oleh Kerajaan.

Rata-rata, anak-anak pekerja ladang ini susah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kemiskinan yang mereka alami. Menurut mereka, nasib pekerja ladang di kawasan yang lebih jauh ke dalam adalah lebih teruk lagi.

Ada anak-anak mereka yang tidak ke sekolah lansung. Secara tidak lansung, anak-anak ini banyak yang terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

Di lokasi yang kedua pula, tempatnya agak jauh kedalam ladang. Ia sangat berbeza dengan apa yang saya lihat lebih awal. Rumah-rumah pekerja ini lebih daif.

Saya tidak dapat untuk berhenti lama kerana hari sudah lewat petang, namun saya sudah dapat gambarkan betapa susahnya nasib keluarga ini.

Kalau nak diikutkan, cara kehidupan peneroka dengan pekerja ladang ini lebih kurang sama sahaja. Hari-hari kami kena mengusahakan tanaman yang kami usahakan, tapi faedah dan nikmat yang di terima oleh peneroka Felda boleh di ibaratkan langit dengan bumi.

Di bawah Felda, setiap peneroka mendapat 10 ekar tanah untuk diusahakan dan tanah itu akan menjadi hakmilik peneroka tersebut. Ayah aku telah mendapat geran tanah yang telah beliau usahakannya. Selain itu, berbagai-bagai kemudahan lain di tawarkan dan di beri kepada peneroka.

 Anak-anak peneroka pula tidak di biarkan begitu sahaja. Aku merupakan salah seorang dari anak peneroka yang telah di beri berbagai kemudahan oleh Felda, hingga aku dapat melanjutkan pelajaran di asrama penuh seterusnya ke peringkat Universiti. Program-program untuk kami sebagai anak peneroka juga terus di sediakan oleh Felda.

Usaha jahat parti politik pembangkang yang tidak sudah-sudah mencari kesalahan Felda sangat mengecewakan aku. Sebab itulah, aku akan terus menulis dan menyedarkan anak-anak peneroka supaya tidak terperangkap dengan usaha jahat mereka ini.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s