MCA Gerakkan Seluruh Jentera Di Pamatang Pauh


Oleh rmf

images (8)

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan memperlihatkan kesungguhan MCA dalam mengerakkan segala usaha untuk menyampaikan maklumat  dan memenangi hati pengundi cina untuk menyokong calon BN.

Kesungguhan ini telah dinyatakan secara jelas oleh Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam satu siding akhbar. Dalam kenyataannya  walaupun menghadapi  cabaran yang amat besar sekarang, MCA tanpa mengundur kebelakang akan terus berhadapan dengan pengundi untuk meraih sokongan .

Sokongan pengundi cina amat penting bagi memastikan kemenangan kepada sesiapa juga calon Barisan Nasional. Cabaran yang amat besar dalam isu isu semasa yang perlu diperjelaskan secara terang dan tepat kepada pengundi. Ianya mesti dilakukan dengan penuh rasa  tanggungjawab.

Dalam menghapadi  minggu kenpen, Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun akan megerakkan seluruh jerntera parti untuk berherak kesetiap pelusuk kampong untuk mebantu  BN di Pematang Pauh.

Kerusi Pematang Pauh dikosongkan berikutan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada  Ahli Parlimen Pematang Pauh selama 5 tahun. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, selepas penamaan calon pada 25 April, manakala pengundian awal pada 3 Mei.

“Semua anggota jawatankuasa dan majlis tertinggi, termasuk Presiden (Datuk Seri Liow Tiong Lai) dan Timbalan Presiden (Datuk Dr Wee Ka Siong) turut akan turun padang, bagi membantu jentera pilihan raya di sana,” katanya.

PRK Permatang Pauh diadakan, berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ahli keluarganya, sekali gus menyebabkan Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Pematang Pauh akan menjadi titik tolak sokongan  pengundi kepada kerajaan atau pun masih mahu kekal bersama pembangkang yang mana jawatan Ahli Parlimen  hanya lah  sekadar jawatan yang disandang tanpa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Seharusnya pengundi pematang pauh akan membuat pilihan yang bijak bagi memilih calon mereka  untuk menjaga kepentingan dan kebajikan mereka. Disampaing itu engundi seharusnya menolak  kronisme dan nepotisme yang diamalkan oleh pembangkang  bagi membersihkan sistem demokrasi yang semakin dipijak oleh pembangkang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s