MCA Pantau Perlaksanaan GST di Kalangan Peniaga


Oleh rmf

CCIOmZbUoAE8WVG

GST telah memasuki minggu ketiga , perlaksanaan sistem percukain GST  dalam negara ini pada  permulaannya telah mendapat tentangan yang cukup hebat dikalangan pembangkang. Berbagai spekulasi dibuat untuk menghasut rakyat agar menentang tindakan perlaksanaan ini.

Namun sehingga kini  kita sudah mula  melihat bagaimana penerimaan awal  dari rakyat , walaupun pada dasarnya ianya amat baru  untuk rakyat memahami sepenuhnya.  Rakyat bimbang dengan perlaksanaan sistem percukaian ini akan menjejaskan banyak perkara.

Pada pengamatan  semasa , kita melihat pengguna akan banyak menerima manfaat dari  penurunan harga barangan jika  membeli barangan keperluan di pasar pasaraya  besar seperti mydin, Giant, Tesco, Econsafe dan sebagainya.,

Ini adalah kerana  di premis pasaraya , para pengguna akan mendapat pilihan yang banyak untuk membeli barangan. Pada dasarnya GST telah dikenakan , akan tetapi  pihak peniaga  telah menyerapkan nilai tersebut pada harga barangan.

Perbandingan harga telah dibuat , dan rata rata telah mengatakan bahawa pembelian dilakukan di pasaraya  besar  lebih menguntungkan pengguna.  Banyak diantara barangan yang dulunya mahal kini telah  turun .

Dari makanan binatang sehinga lah kepada barangan basah kering, semuanya mempunyai nilai turun yang ketara. Kebijaksanaan pembeli akan dapat membezakan nilai nilai harga barangan yang dipamerkan .

Penipuan GST juga berlaku, ini adalah kerana sikap tamak  yang ditunjukkan oleh peniaga untuk menindas pembeli.  Kebijaksanaan pembeli membuat laporan terus kepada KPDNKK adalah satu langkah untuk membenteras penipuan.

Penguatkuasaan dan tindakan tegas seharusnya  dilakukan secara bersepadu dan berterusan untuk memastikan  pembeli tidak ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Meyedari hal ini MCA dengan alternative tersendiri telah  turun padang memberikan penerangan dilapangan untuk  memberikan maklumat yang lebih jeas kepada rakyat. Tindakan MCA ini dilihat  selangkah kehadapan bagi membantu kerajaan dalam isu GST.

Berlainan pula dengan tindakan DAP , PKR dan PAS yang mana mereka  hanya menunggu  rungutan rakyat dalam isu berkaitan GST untuk mereka jadikan isu. Sepatutnya mereka lebih prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat umumnya.

Dalam keadaan ini, pemimpin perlu mendekati rakyat dan melonggarkan keluh resah rakyat. Pemimpin seharusnya turun ke lapangan untuk melihat gerakan perlaksanaan GST yang memerlukan kekerapan pemantauan .

DAP dalam usaha mereka memenangi hati rakyat bukan memberikan penerangan kepada rakyat dalam  negeri mereka tetapi mengalakkan  percutian. Ini dibuktikan  apabila pemimpin DAP menghadiahkan dua tiket percutian kepada peniaga .

Sepatutnya dalam keadaan masa kini dimana awalnya perlaksanaan , seluruh pemimpin turun padang untuk memantau. Ini adalah kerana  sebilangan daripada peniaga masih lagi teraba raba untuk mengenakan kadar percukaian tersebut dan juga  mengendalikannya.

MCA  dalam masa terdekat akan  terus menerus melakukan pemantauan dan pemahaman kepada peniaga.  Ada dikalangan peniaga yang tidak berdaftar melalui sistem percukaian GST  turut mengenakan cukai tersebut kepada pembeli.

Sebenarnya  GST ialah satu sistem percikaian yang bijak, ini turut diakui sendiri oleh pemimpin pembangkang iaitu Rafizi Ramli, Anwar Ibrahin dan baru baru ini  diakui oleh Nurul Izzah. Segala tohmahan yang dilakukan selam ini adalah untuk menipu rakyat .

MCA dengan kesedaran ini, sedaya upaya akan terus memberikan komitmen yang terbaik dalam membantu kerajaan agar sistem percukaian ini terlaksana dengan baik dan lancar.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s