Kereta Sapu Diangkut  Tindakan Tegas SPAD


Oleh rmf

IMG-20150410-WA0005

Ketegasan SPAD tidak dapat dinafikan lagi dalam menjaga kepentingan penumpang dari pemandu yang tidak memikirkan keselamatan  dan memerah tambang dengan  pelbagai cara.

Baru baru ini SPAD  telah melancarkan operasi  secara besar besaran untuk menghapuskan  dan membenteras  ulat ulat teksi dan kereta sapu yang  masih menjalankan operasi haram mereka.

Ulat Ulat teksi  dan kereta sapu ini menjalankan operasi mereka di sekitar KLIA dan KLIUA2 yang mana  menjadi tumpuan penumpang dari dalam dan luar negara .

Walaupun sudah banyak kali  SPAD menjalankan operasi membenteras kegiatan yang mencemarkan sistem pengangkutan darat dalam negara ini, namun kedegilan  mereka telah mengundang kepada tindakan yang lebih tegas lagi.

Pada  operasi kali ini SPAD tanpa ada kompromi telah menyediakan treler bagi menyita kereta sapu yang  ditahan dalam operasi  pada kali ini.

Baru baru ini   SPAD dalam  Operasi banteras Kegiatan Ulat dan Kereta Sapu di KLIA dan KLIA 2..operasi ini bermula jam 5 petang hingga 11 malam sebanyak 11 buah kereta sapu telah ditahan dan telah diangkut dengan treler dan dihantar ke tapak penyitaan di Sepang.

Operasi bersepadu  SPAD,telah disertai pelbagai agensi kerajaan termasuk  PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut terlibat  Sepanjang operasi banteras Ulat teksi dan kereta sapu di jalankan 20 Kes telah dicatatkan, 15 kes Ulat Teksi dan 5 kes penyalahgunaan dadah iaitu :

 (1) 9 x Prebet Sapu.
(2) 4 x ‘Ulat’.
(3) 2 x Langgar Syarat Permit.

Dalam operasi tersebut AADK menahan 5 kes pemandu yang positif Syabu @ Methamphetamine.

SPAD telah menyita 11 Kereta dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang iaitu :

  1. 2 x Proton Waja.
    b. 2 x Wira Aeroback.
    c. 1 x Perodua Alza.
    d. 1 x KIA Forte.
    e. 1 x KIA Spectra.
    f. 1 x KIA Pregio.
    g. 1 x Toyota Avanza.
    h. 1 x Proton Saga BLM
    i. 1 x Teksi Bajet (Waja)

Sebelum ini SPAD telah menyita  teksi yang gagal menggunakn meter dan mengenakan tambang mengikut sesuka hati  mereka . Tindakan ini  diambil berikutan pelbagai aduan yang diterima dari penumpang.

Sebagaimana biasa , penyitaan kenderaan ini telah meyebabkan  tekanan kepada pemandu teksi untuk mencari nafkah . Tetapi sikap degil mereka tidak mematuhi  arahan dan syarat ditetapkan telah menyebabkan tindakan diambil.

Sikap sebahagian dari pemandu ini sedikit sebanyak akan mencerminkan  nama baik Malaysia dan sistem pengangkutan darat . Sebelum perkara ini berluasa . SPAD tanpa ada kompromi terus menerus akan mengambil tindakan tegas  bagi menjamin keselamatan dan  kebajikan penumpang.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s