MCA Tetap Utuh Bersama BN Membangunkan Negara Bukan Memfitnah Negara Seperti Pembangkang


Oleh rmf

download (5)

Semenjak Tiong Lai mengemudikan MCA dipersada politik negara , banyak agenda yang telah dirancang dengan sebaiknya bagi menebus semula kekalahan yang dihadapi oleh MCA dalam PRU13 yang lalu.

Kini MCA  mengalas satu tanggungjawab yang berat bagi mengembalikan sokongan masyrakat Cina di Bandar untuk kembali semula menyokong MCA dan BN khususnya.

MCA  menganalisis dan menjalankan kajian bagaimana akan  dapat memperkukuhkan sokongan kaum Cina kepada BN pada masa akan datang. Ini satu cabaran yang amat besar terpaksan dilakukan oleh MCA diseluruh negara .

MCA dalam usaha  melaksanakan transformasi di dalam parti supaya dasar MCA bersesuaian dengan perubahan demografik yang begitu ketara di seluruh negara. Program program bersepadu dilaksanakan secara tersusun untuk melihat sokongan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap pengundi.

MCA dengan penuh yakin dan  komited untuk mendapatkan sokongan segenap lapisan masyarakat terutama dari  pengundi muda. Dalam melicinkan lagi promosi  aktiviti  yang dilakukan oleh MCA.

MCA mengambil langkah menyelami  media sosial untuk mendapatkan maklumat yang lazimnya tidak memberi gambaran tepat tentang sesuatu isu dan bertindak membet5ulkannya melalui program program serta kenyataan yang dikeluarkan dan disebarkan kepada umum.

Sebagai mana semua orang tahu Pakatan pembangkang termasuk DAP sangat aktif menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Semua maklumat palsu ini digunakan oleh pengundi muda untuk menyalahkan kerajaan dan MCA dalam beberapa isu politik.

Tiong Lai bersama anggita MCA yang lain se4dang berusaha  memantau maklumat-maklumat palsu yang disebarkan pihak tertentu kepada rakyat khususnya golongan muda. Pakatan pembangkang menggunakan media sosial secara efektif untuk mempengaruhi mereka.

Pengalaman kekalahan dalam PRU13 yang lalu merupakan tamparan hebat kepada kemerosotan  sokongan terhadap MCA dan kini MCA telah dan sedang melangkah kehadapan memperbaiki memperbaiki parti agar lebih efektif dalam mencapai matlamat perjuangannya.

Dalam hal yang demikian sebagaimana  diketahui MCA kini sedang menggunakan  media social dengan sepenuhnya  untuk menyampaikan maklumat maklumat kerajaan dan sekali gus menolak  berita yang tidak benar disebarkan oleh  pembangkang.

DAP memainkan sentimen masyarakat dengan menghebahkan perkara-perkara yang tidak benar di alam siber. Kumpulan masyarakat yang bergantung pada media sosial untuk mendapatkan maklumat telah terperangkap dan termakan racun yang disebarkan itu.

Akibatnya, ramai pengundi baharu fikir mereka boleh menggunakan isu-isu tersebut untuk mengubah kerajaan. Sebenarnya mereka telah ditipu oleh pakatan pembangkang.

Sekarang, rakyat dapat melihat sendiri siapakah yang lebih layak memimpin negara ini. BN kalah di banyak kawasan tetapi boleh menerima hakikat itu dengan baik. Namun jikanya berlaku kepada  pakatan pembangkang adakah pembangkang akan menghormati proses demokrasi di Malaysia.

Dalam kedukaan MCA menerima kekalahan, namun pada satu sudut lain MCA adalah parti yang telah membangun bersama UMNO  dan BN  sejak dahulu lagi dan amat  mencintai negara ini dan berusaha  bersama-sama menjaganya.

Pucuk pimpinan MCA akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian agar dapat terus berkhidmat untuk masyarakat Cina dan rakyat. MCA telah melalui jatuh dan bangun sejak 64 tahun lalu dan yakin akan dapat memenangi hati rakyat semula terutama golongan muda dan cina Bandar.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s