DAP Tidak Sedar Diri Dalam Cadangan “Save Malaysia”


Oleh rmf

lim kit siang tangan2

Dasar tak sedar diri dari kalangan pemimpin DAP amat terserlah bila melihat kedudukan mereka tergugat susulan  konflik yang berlaku dalam  Pakatan Rakat. Mereka mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri.

Perangai yang mementingkan diri DAP sejak dulu lagi diketahui, Namun  penyokong mereka dikalangan orang Melayu masih juga tak sedar kan diri. Masih meyokong apa juga tindakan yang dibuat oleh DAP.

Cadangan untuk menubuhkan gabungan ahli politik “save Malaysia” telah dilihat sebagai satu langkah untuk menyelamatkan DAP dari kemelut yang berlaku dalam Pakatan berhubung kenyataan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Kelmarin, pemimpin Veteran DAP itu mengajak mana-mana ahli politik dari BN atau PR agar mengikut cadangan barunya mahu membentuk gabungan baru yang kononnya memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang

Boleh tergelak panjang melihat  “umpan” yang dipasang oleh DAP  yang menggunakan Perlembagaan Malaysia dan  Kedaulatan undang undang sebagai umpan untuk memancing  penyokong.

Kita sudah sedia maklum bahawa DAP adalah satu parti yang mana tidak pernah setia pada perlembagaan Malaysia malahan undang undang dalam negara ini. Mana tidaknya  pernahkah mereka tidak mempertikaikan perlembagaan Malaysia dan kedaulatan undang undang Malaysia.

Berikutan cadangan menubuhkan gabungan “Save Malaysia” Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai telah menempelak cadangan tersebut yang disifatkan DAP tidak perlu menyesal dengan tindakan PAS mahu laksanakan Hudud..

 “Kenapa masa dulu Kit Siang mempromosikan PAS yang ingin menubuhkan negara Islam. Jadi kita hendak tahu agenda Kit Siang dan anaknya (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Kedua-dua pemimpin ini telah membantu PAS sedangkan mereka tahu sejak hari pertama lagi bahawa PAS akan melaksanakan hudud” kata Tiong Lai.

Semasa bernikah mutaah dengan PAS segalanya dipersetujui dengan masing masing membawa agenda parti. Tetapi  sekarang semuanya mesti di persetujui oleh DAP. DAP seakan faham dan setuju bahawa DAP memperjuangkan Islam dan akhirnya bila dan dalam kelambu DAP memaksa PAS menukar Dasar kepada Negara Berkebajikan.

Berkenaan dengan cadangan Pemimpin Veteran DAP itu, Tiong Lai sangsi dengan Kit Siang “Dia sebenarnya sedang cuba untuk mengalihkan isu dan bermain politik melalui hudud. Dia tahu sejak awal lagi dan sekarang dia sudah terperangkap”…

Dengan demikian tak payah la DAP bercadang untuk menubuhkan “Save Malaysia” kerana Malaysia sentiasa selamat jika tiada sebuah parti seperti DAP.

– See more at: http://www.pru14.tv/2015/04/09/dap-tidak-sedar-diri-dalam-cadangan-save-malaysia/#sthash.2z3io0o8.dpuf

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s