Aplikasi Meter ON  Penumpang Teksi Di Lindungi Dari Penipuan


Oleh rmf

Meter

Kebajikan dan keselamatan penumpang adalah merupakan salah satu tugas SPAD bagi memastikan setiap penumpang yang menggunakan pengangkutan awam darat mendapat layanan yang sepatutnya.

Mendengar dan mengambil tindakan melalui rungutan yang diajukan kepada SPAD  mengenai ada diantara sebilangan pemandu teksi yang mementingkan keuntungan dan melakukan penganiayaan terhadap penumpang  dengan mengenakan bayaran tambang tidak menggunakan meter.

Melihat daripada senario ini, maka SPAD telah melancarkan satu aplikasi yang boleh dimuat turun oleh  penumpang melalui telefon bimbit mereka. Aplikasi tersebut dinamakan “MeterOn” yang telah dilancarkan secara  rasminya .

Aplikasi “Meter On” boleh dimuat turun melalui aplikasi Android ataupun iOS di Google Play Secara Percuma .Melalui aplikasi ini  telah dilengkapi dengan berberapa maklumat dan 6 ciri utama .

1) Pengesahan pemandu

2) Penjejak perjalanan

3) Anggaran tambang

4) Penilaian pemandu

5) Isyarat kecemasan (SOS)

6) Maklum balas/aduan

Selepas perlancaran “meter On” ini seramai lebih 50 ribu teksi di seluruh semenanjung telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On. Dengan aplikasi ini pengguna tidak lagi mudah ditipu oleh pemandu teksi yang mengenakan tambang sesuka hati dan penumpang boleh membuat aduan secara  terus ke SPAD.

SPAD dalam usaha menjamin keberkesanan pengakutan awam darat  sedang berusaha gigih  dan mencari jalan  yang terbaik agar sistem Pengangkutan Awam Darat  di Malaysia standing dengan  standart yang ditetapkan oleh peringkat antarabangsa.

Dalam usaha yang sedemikian pastinya penambah baikan akan dilakukan dari masa kesemasa sehingga  mencapai objektif dimana  Sistem Pengangkutan Awam  Darat adalah yang terbaik  dan menjadi daya penarik dikalangan  pelabur untuk melabur di Malaysia.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s