Tiong : Siasatan Melalui Maklumat Dalam Kotak Hitam Akan Dilakukan Secara Terperinci


Oleh rmf

81428312066_950x600

Kotak hitam merupakan komponen terpenting dalam mana mana penerbangan, Kotak hitam menyimpan segala butiran maklumat yang terperinci dan maklumat kejadian yang berlaku terhadap satu satu nahas penerbangan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan hari ini pasukan penyiasat sudah berjaya menemui perakam suara kokpit helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru  Semenyih petang semalam.

Liow berkata penemuan tersebut membolehkan siasatan mengenai punca helikopter itu terhempas dapat diketahui secepat mungkin..

Dalam pada  masa yang sama , mengumpul serpihan sedang dilakukan, dan penyiasatan melalui maklumat yang ada dalam kotak hitam akan dilakukan dengan teliti.

 Siasatan akan dilakukan sedalam-dalamnya untuk mengetahui apakah punca nahas dan masalah sebenar helikopter tersebutyang mana mengorbankan Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan beberapa anak kapal serta penumpang. Termasuk Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias di antara enam orang yang terkorban dalam nahas tersebut.

Liow berkata, pasukan penyiasat bukan sahaja melibatkan kementerian pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), namun turut membabitkan pihak berkuasa. Dan belum ada jangkaan masa laporan siasatan akan dapat disiapkan, namun menekankan pasukan penyiasat akan melakukannya secepat mungkin.

“Kita belum terima laporan awal, namun siasatan sudah bermula sejak semalam lagi, siastan kita meliputi pelbagai perkara termasuk rekod penyelenggaraan, dan DCA akan mengkaji dari segi keselamatan,” katanya.

Mengulas laporan berlaku letupan sebelum helikopter terhempas, Liow berkata ia masih belum dapat disahkan.

“Kita masih belum ada pengesahan mengenai perkara tersebut sekarang ini. Kita masih mengumpul perincian bukti, dan tunggu laporan,” katanya.

Liow antara pemimpin politik yang hadir di rumah Jamaluddin bagi memberikan penghormatan terakhir, selain mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s