Kenaikan Tambang Teksi Di Teruskan – YB Nancy Shukri


Oleh rmf

NANCY SHUKRI

Kemelut kenaikan tambang teksi diseluruh negara  kini telah berakhir dengan cara yang terbaik sekali dengan mengambil kira segala permasalahan yang ditanggung oleh pemandu teksi  selama ini.

Kos yang membebankan sejak 6 tahun lalu , kini semua pemandu teksi telah menarik nafas  lega berikutan pengumuman yang telah dibuat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  YB Hajah Nacy Shukri semalam telah mengumumkan  dalam satu kenyataan akhbar dengan jelas dan tepat memberitahu bahawa kenaikan tambang teksi yang telah diumumkan oleh SPAD pada 19 March yang lalu diteruskan.

Manakala tambang bagi bas express dan juga perkhidmatan rel telah ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Sudah tentu , pengumuman yang telah dibuat oleh YB Nancy  semalam telah memberikan satu semangat baru kepada pemandu teksi  didalam negara ini yang mana berjumlah hapir 23 ribu orang ahli.

PETEKMA sebagai sebuah pertubuhan NGO yang danggotai seluruh pemandu teksi  seluruh negara  menarik nafas lega dengan pengumuman yang telah dibuat.

Keluhan mereka dalam isu berkaitan dengan kadar tambang teksi yang selama ini telah tertangguh sebanyak  tiga kali susulan masalah yang dihadapi oleh kerajaan  kini telah dilunaskan oleh kerajaan dengan pengumuman kadar tambang yang baru.

Dengan kenaikan kadar tambang baru ini kerajaan amat berharap agar semua pemandu teksi yang menerima manfaat akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Pemandu teksi merupakan duta kecil negara kepada pelancong asing dan penglibatan mereka adalah amat penting dalam  mengambarkan sikap dan sifat budaya dalam negara ini.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Nancy Shukri dalam isu berkaitan tambang teksi.

2015-03-23 20.26.12

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s