Persatuan Pemandu Teksi Desak Penangguhan Di Tarik Semula


Oleh rmf

IMG-20150322-WA0016

Susulan penangguhan  kenaikan tambang teksi diseluruh negara yang diumum kan oleh Timbalan Perdana Menteri telah mengundang  dua buah badan pertubuhan pemandu teksi PERSIN dan BBPTB dan menyarankan agar menarik semula penangguhan yang telah dibuat.

Kedua pertubuhan ini mewakili sebahagian daripada 130 ribu pemandu teksi diseluruh negara telah bersetuju secara dasarnya  agar keputusan yang telah dibuat diberikan pertimbangan yang sewajarnya demi membela nasib  keseluruhan pemandu teksi.

Kenaikan tambang yang telah diumumkan oleh SPAD pada hari Khamis yang lalu adalah bertepatan dengan  kehendak yang diharapkan oleh seluruh pemandu teksi selama ini.

Satu sidang Media telah dibuat untuk menyatakan sokongan keseluruhan pemandu teksi  terhadap SPAD berhubung dengan  cadangan kenaiakan yang telah dibuat. Sokongan ini telah dibuat oleh  Pengerusi BBPTB , Amran Jan.

Kadar kenaikan yang diumumkan oleh SPAD sebagai cukup relevan dan sekurangnya akan menaikkan taraf hidup pemandu teksi yang mana sekian lama telah menanti kadar kenaiakan ini diumumkan. Selama 6 tahun penantian  mereka untuk menikmati kadar baru tambang teksi yang  mana sekarang masih menggunakan  kadar yang lama.

Dalam masa 6 tahun sebanyak  tiga kali penangguhan kenaiakan telah berlaku. Ini adalah susulan masalah yang sedang dihadapi oleh negara pada masa itu. Namun begitu seluruh pemamdu teksi tetap akur dengan keputusan penangguhan tersebut.

Selama itu juga seluruh  pemandu teksi seluruh negara terpaksa menanggung kos sebanyak 30%-40% untuk penyelengaraan kenderaan  yang mana terpaksa dilakukan demi memastikan keadaan kenderaan sentiasa selamat digunakan.

IMG-20150322-WA0019

Dalam siding akhbar tersebut , Pengerusi BBPTB  menyokong penuh kenyataan. TS Syed Hamid bahawa kenaikan ini tidak ada kena mengena dengan GST. Perlaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April nanti sedikit sebanyak  akan memberikan impaknya terhadap pemandu teksi.

Selama 6 tahun penantian  dan 3 penangguhan yang telah dibuat oleh kerajaan adalah merupakan pengorbanan dan tolak ansur yang diberikan oleh  keseluruahan pemandu teksi . Justeru itu dengan kenaikan yang telah diumumkan sebanyak 30%-40% adalahsesuatu keputusan yang seharusnya diteruskan.

Dalam pada masa yang sama, Pengerusi PERSIM, Kamaruddin Mohd Hussin  berkata kenaikan yang diumumkan tersebut adalah sejajar dengan apa yang dipersetujui setelah  ditangguhkan. Jika dilihat kenaikan pendapatan dan tuntutan  persatuan yang lain boleh dikatakan saban tahun mendapat kenaikan.

Selama itu juga lah, keseluruhan pemandu teksi menanggung kos dan menghadapi kesan daripada  peningkatan kos sara hidup dengan kadar tambang teksi yang masih pada pasras yang lama. Sepatutnya kadar kenaikan  itu diumumkan pada suku pertama 2014 tetapi ditangguh tiga kali. Pertama kerana trajedi MH370 dan selepas itu trajedi MH17 dan kemudian kena tunggu lagi sebab musibah banjir yang melanda negara.

IMG-20150322-WA0015

Mungkin banyak diantara pengkritik diluar sana tidak mengetahui bahawa kadar kenaikan  tambang baru yang diumumkan baru baru ini adalah bertepatan dengan persetujuan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang mana  telah memikirkan nasib pemandu teksi seluruh negara dengan berpandukan kepada peraturan pengangkutan awam darat.

Semalam , SPAD  akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh cabinet yang mana meyarankan agar kenaiakn tambang teksi ini ditangguhkan dan akan diumumkan pasa satu masa yang bersesuaian. Dalam hal ini SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Permintaan penangguhan kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin dengan memaklumkan bahawa Kabinet sudah meminta SPAD  menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam.Melalui mesyuarat kabinet telah membincangkan perkara itu dan berpendapat kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s