Penangguhan Kenaikan Pengangkutan Awam


Oleh rmf

cd960-img_0184

Gegak gempita seluruh media social terutama pihak pembangkang memainkan isu kenaikan tambang teksi yang di umumkan oleh SPAD beberapa hari yang lalu. Kenaikan yang hanya berkisar kepada beberapa puluh sen telah dibaratkan kenaikan yang  melampau.

Tetapi pada masa yang sama kita dapat melihat bahawa rata rata diantara pengkritik  yang ada d media social termasuk beberapa pemimpin yang mengeluarkan kenyataan rasanya tidak menggunakan engangkutan awam. Mereka berbuat demikian atas tiket politik.

Kadar baharu yang dilihat agak melampau oleh sesetengah pihak adalah kerana mereka melihat kadar peratusan yang dibentangkan , akan tetapi dari sudut nilainya bukan lah  mencapai beberapa sen sahaja. Termakan dengan provokasi pembangkang mereka terus menerus menerjah kritikan terhadap SPAD.

Tidakkah mereka tahu bahawa dalam kehidupan yang semakan mencabar sekarang pemandu  teksi yang mana rata rata tidak mempunyai pendapatan tetap terpaksa mengharungi kehidupan sebagaimana manusia yang lain. Bekerja sebagai pemandu selama 14 jam sehari kadang kala tidak cukup untuk menampung kos kos yang terlibat termasuk makan minum seharian.

SPAD boleh menerima apa juga cadangan yang diutarakan demi kebaikan bersama, demi melihat apa yang seharusnya dapat dilakukan penambahbaikan untuk kesejahteraan pemandu teksi  yang berjumlah 130 ribu orang diseluruh negara.

SPAD pada Khamis lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang tersebut dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu

Ketepatan mengumumkan masa kenaikan kadar tambang itu mungkin tidak tepat, ianya boleh diselaraskan semula . Ianya dibuat seminggu sebelum GST dikuatkuasakan ini akan menunjukkan  tindakan kerajaan dalam hal ini tidak peka pada sesuatu keadaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat kabinet semalam telah membincangkan perkara itu dan berpendapat kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu pada Khamis lalu.

Dalam perbincangan yang dibuat berpendapat bahawa asas untuk kenaikan  tambang tersebut adalah bertepatan dan pada dasarnya cabinet bersetuju dengan kenaikan tersebut dan hanya masa untuk kenaikan tambang itu tidak sesuai.

Justeru itu, satu penangguhan masa akan dibuat berhubung kait dengan kenaikan tambang yang telah pun diumumkan. Pandangan semua pihak dalam memberikan pendapat dalam isu kenaikan ini akan dibincangkan secara keseluruhan aspek yang terlibat yang mana akan memberikan kesan positif terhadap pemandu teksi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s