Pusat Kajian Pondok Menarik Minat Beberapa Institusi Pengajian Tinggi


Oleh rmf

DSC_0757-1

Denyut nadi saorang pemerintah untuk melihat negara yang diperintah oleh nya dapat mengembangkan syiar Islam merupakan satu matlamat yang suci dan terbaik walaupun dihujani dengan pelbagai fitnah terhadapnya.

Untuk mencapai matlamat tersebut, segala usaha kearah itu direncanakan dengan penuh ketelitian agar ianya dapat memberikan impak yang terbaik. Justeru itu, penubuhan Yayasan Pembangunan  Pondok yang diilhamkan oleh Perdana menteri Malaysia sedang mengorak langkah kearah memertabatkan Pusat pengajian pondok agar ianya selaras dengan agenda penubuhannya.

14 March yang lalu, Yayasan Pembangunan Pondokk Malaysia  telah melakar sejarahnya tersendiri dimana julung kalinya telah memeterai MoU bersama Kolej University Islam Malaysia (KUIN) menubuhkan Pusat Kajin Pondok (PKP) yang mana bermatlamatkan untuk melakukan kajian dasar pembangunan Institusi Pondok dalam negara ini.

Persefahaman tersebut telah disaksikan oleh YAB  Dato’ Seri Najib  Razak Perdana Menteri Malaysia. YAB Perdana Menteri merupakan Penaung bagi Yayasan Pembangunan Pondok . Penubuhan Yayasan Pondok Malaysia adalah ilham YAB Perdana Menteri untuk membangunkan Institusi Pondok yang mana selama ini terbiar dengan serba kekurangan.

Bagi melengkapkan matlamat tersebut, Perlantikan Datuk Mashitah Ibrahim sebagai peneraju adalah bertepatan dengan latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh nya. Dr Mashitah Ibrahim selaku Pengarah PKP telah menerangkan skop tugas dalam satu artikelnya bertajuk Implikasi MoU KUIN .

Untuk melancarkan perjalanan PKP  KUIN dan YPPM bersetuju untuk berkerjasama dan  bertukar kepakaran dalam menjayakan aktiviti pembangunan dan kajian yang akan diadakan nanti.

Susulan termeterainya MoU  diantara KUIN dan YPPM telah membuka mata  beberapa buah Universiti  seperti  iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Ketiga tiga Universiti tersebut telah menunjukkan minat untuk  bersama sama dalam PKP yang mana dilihat mempunyai impak jangka panjang yang amat baik untuk diperkembangkan  melaui idea, kreativiti dalam membuat kajian untuk meningkatkan martabat Institusi pondok dalam negara ini.

Pengwujudan PKP dilihat sebagai pembuka jalan  pertama  bagi kedua  belah pihak ini untuk merangka agenda  dan bentuk kajian yang terbaik . Jika ditakdirkan  terdapat penyertaan lain kedalam PKP ianya akan lebih memberikan manfaat dari sudut  pencerapan idea  yang bernas dan digembeling bersama kearah satu matlamat.

PKP dilihat adalah satu bentuk asas yang mana merupakan dasar pertama  untuk bergerak dan mengembangkan  kajian kajian yang akan memungkinkan sebagai platform  terbaik dalam membangunkan Institusi Pondok dalam negara ini.

Kejayaan PKP dan  YPPM serta KUIN  dimasa akan datang dilihat sebagai kejayaan YAB Perdana Menteri untuk melihat Islam dalam negara ini mempunyai barisan keilmuan yang hebat dan menjadi rujukan di  Asia Tenggara.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s