Kenaikan Tambang – Pemandu Teksi Juga Manusia Yang Mempunyai Sara Hidup


Oleh rmf

KOMPONEN

Gelodak berlaku lagi, kali terakhir gelodak tentang kenaikan  tambang teksi  ini dibuat pada tahun 2009 oleh LPKP. Pada tahun ini SPAD telah memaklumkan tentang kenaikan tambang  teksi setelah hampir 5  tahun tidak dikaji.

Pengumuman tambang ini  dibuat untuk  teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus, manakala tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata penetapan kadar baharu perkhidmatan teksi dan bas ekspres berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.

IMG-20150319-WA0008

Penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak. Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif

Bagi teksi, kos penyelenggaraannya meningkat ke 33 peratus, manakala bagi bas ekspres sebanyak 36 peratus. Sememangnya ramai yang mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan ini,

Namun pertimbangan kadar tambang teksi dan bas tersebut perlu dilakukan bagi mengambil kira kepentingan pemandu teksi dan bas

Lagipun sudah 6 tahun tambang teksi tidak diselaraskan dan dikaji. Takkan pemandu teksi yg bekerja sehingga 14 jam sehari hendak  dibiarkan terus hidup susah tanpa sebarang kenaikkan tambang. Impak yang berlaku ialah apabila pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang sesuka hati  dan ianya akan memberikan kesan btidak baik pada sistem pengangkutan darat dalam negara ini.

Kenaikkan RM1.50(23%) utk setiap 5km itupun saya rasa masih tidak berbaloi dgn kenaikkan kos penyelenggaraan teksi yg terus mendadak sejak 6 tahun lalu. Kenaikkan tambang teksi bermeter takda kena mengena dgn GST sebab pemandu teksi tidak tidak pernah dipertanggung-jawabkan utk mengutip cukai GST utk kerajaan.

SPAD berharap dengan kenaikan tambang yang dibuat akan dapat Menurut memberi jaminan pengurusan lebih baik termasuk penyelenggaraan, pemanduan cekap, pemantauan kelajuan dan kebersihan kenderaan

Penyelarasan kadar baharu itu juga katanya, tidak dibuat berikutan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak

Diharap kita sebagai pengguna perlu berlaku adil kepada pemandu-pemandu teksi yang telah sekian lama bersabar dan akur dengan kadar tambang lama.

Kita juga perlu memberi sokongan kepada pihak kerajaan yang sedaya upaya berlaku adil kepada semua pihak samada pemandu teksi, syarikat operator teksi dan juga rakyat.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s