Kenaikan Tambang Teksi  Dan Bas Express Kesan Dari Kenaikan Kos


Oleh rmf

IMG-20150319-WA0008

Isu kenaikan tambang pengakutan awam telah menjadi viral di media social dan telah mendapat respon awam yang  mana kebanyakan nya negative  dan dikatakan amat membebankan rakyat.

Biar pun keputusan yang telah dibuat oleh SPAD ini bukan diantara keputusan yang popular , namun ianya mengundang  kritikan yang cukup panas terhadap SPAD.

Kadar kenaikan tambang teksi dan bas express  kali terakhir telah diumumkan adalah pada tahun 2009. Selama lima tahun kadar tersebut digunakan  oleh pemandu teksi sebagai punca mata pencarian untuk mereka menongkah kehidupan dengan kos  kehidupan yang semakin meningkat.

SPAD telah mengambil keputusan menaikkan kadar tambang dan akan berkuat kuasa pada 15 Mei akan datang. Kadar baru ini diharapkan  dapat mengtasi beban  yang ditanggung oleh pemandu teksi selama ini.

Kenaikan yang dibuat oleh SPAD adalah  satu keputusan yang telah dibuat kajian dasar selama beberapa tahun sebelum ianya diumumkan. Kita  faham dalam isu kenaiakan ini banyak pihak yang akan menyatakan kertidakpuasan hati, namun disatu sudut yang lain , kita sedia maklum kebanyakan daripada mereka tidak pernah menggunakan pengangkutan awam.

Sememangnya  bagi sesetengah pihak kenaikan ini dikatakan tidak manusabah dan membebankan perngguna, akan tetapi ianya mesti dilihat dari kepelbagaian sudut yang positif. Walaupun demikian,  jika tidak dinaikkan sekali pun kadar tambang ini, pemandu teksi  ada diantaranya sanggup tidak menggunakan meter bagi penetapan harga.

Kenapa ini berlaku, ini adalah disebaban beban  perbelanjaan mengurus untuk sesabuah teksi yang tidak mencukupi bagi mereka setiap bulan. Sebenarnya ini lah cabaran yang dihadapi oleh pemandu teksi dalam negara ini.

Perkara ini merupakan cabaran kepada SPAD untuk melihat lebih jauh lagi. Kadar baharu tambang teksi dan bas ekspress itu telah diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu sidang media pada pagi tadi.

Peningkatan kos mengurus yang ditanggung oleh setiap pemandu teksi  telah meningkat sebanyak 33% dan kenaikan bahan bakar NGV yang mana juga telah meningkat sebanyak 11.3%. Susut nilai kenderaan juga mesti diambil kira dan juga kesan kepada kenaikan gaji penjawat awam.

Di samping itu, inflasi kumulatif, susut nilai dan peningkatan gaji perlu diambil kira. NGV harga pam akan terus disemak dari RM0.68 / le kepada RM1.05 / le, Suruhanjaya telah meluluskan permintaan oleh KTM Berhad (pengendali KTM Komuter, Electric Train Service (ETS) dan KTM Intercity), dan Prasarana (LRT dan Monorel), untuk menjalankan kajian semula tambang yang mana maklumat mengenainya akan diumumkan pada tarikh yang akan sitetapkan nanti.

SPAD mahu menggimbangi tambang teksi dengan kos penyelenggaraan serta keseimbangan antara kebajikan penumpang dan kesan ekonomi kepada pengendali teksi, keputusan ini bukan dibuat semalam tetapi setelah melalui proses interaksi bersama kumpulan sasaran selama beberapa tahun iaitu pengendali teksi, pemandu teksi dan pengguna.

Kadar baru tambang teksi hanya menyentuh kadar jarak dan masa perjalanan. Manakala kadar pemula atau kadar kilometer pertama / tiga minit pertama dikekalkan sebanyak RM 3.00. Bagi golongan kurang upaya OKU, orang tua dan kanak-kanak akan terus menikmati diskaun 25% untuk tambang bas ekspress.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kenaikan Tambang Teksi  Dan Bas Express Kesan Dari Kenaikan Kos

  1. usin patalon says:

    SPAD kena detailkan biji butir kenaikan kos pengendali pengangkutan awam yang dikatakan naik. Jangan bagi alasan itu ini, tetapi tiada perincian yang ditunjukkan. Kalau ada statistik dalam peratus kenaikan, apa dan bagaimana peratusan itu dikira? SPAD terpaksa juga berterus terang bagaimana penetapan harga baru tambang ini dikira, bukan hanya bercerita kosong atas faktor itu dan ini. Jangan membodohkan pengguna pengangkutan awam dengan ayat2 gramatik tanpa isi. Mual jika alasan bodoh dan tanpa fakta jelas untuk mengabui mata dan hati pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s