Datuk Noor Ehsanuddin “Sekolahkan” Rafizi Berhubung dengan Isu GST


Oleh rmf

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid

Sebanyak 160 buah negara telah melaksanakan GST dengan tiada masalah sama sekali, mungkin agaknya  negara diluar sana yang melaksanakan GST ini bersyukur  dan gembira kerana tida Pakatan Rakyat sebagai pembangkang dalam negara mereka.

Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang.

Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan.

Setelah membaca komen komen  daripada laman media sosial Twitter dan FB kesimpulannya  ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan

Cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax). GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan.

Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%.

Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi.

Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.

Rang undang-undang GST dibaca di parlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini: Pelaksanaan GST Ditangguh

Di pihak pembangkang di Malaysia Rafizi adalah senjata bagi parti pembangkang untuk membuat provokasi dan persepsi bagi mengelirukan pemikiran  rakyat. Nyata kebanyakan dari rakyat tercelaru berhubung dengan percanggahan  maklumat yang disampaikan.

Baru baru ini Ahli Parlimen Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah membuat kenyataan  meyindir dan menempelak kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa GST ini adalah percukaian yang membebankan rakyat.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh , Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid adalah bertujuan untuk memberikan penjelasan yang tepat dan betul bagi menyanggah kenyataan Rafizi yang mana kebanyakkannya mengelirukan rakyat.

Berikut adalah kenyataan “mengajar” Rafizi  tentang pembohongannya yang telah dikeluarkan oleh portal BNBBC :

 “Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan itu memang mengelirukan rakyat kerana ada empat perkara penting yang boleh dilihat kesan positifnya.

“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,” katanya if kepada BNBBC.my di Parlimen, Isnin.

Sebelum itu, Rafizi sewaktu membahaskan titah Diraja menekankan soal GST yang kononnya akan membebankan rakyat.

Menurut Ehsanuddin, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal.

“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” katanya.

Selain itu, penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.

“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambahnya.

Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini. -BNBBC

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Datuk Noor Ehsanuddin “Sekolahkan” Rafizi Berhubung dengan Isu GST

  1. afeez says:

    di singapura cukai pendapatan dikurang kan sebanyak 6% ketika gst dilaksanakan,bagaimana pula malaysia?.baik menteri dulu pergi belajar macam mana negara lain buat bukian sekadar tiru sahaja untuk mendapat keuntungan yg sering tiris.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s