Memorandum Persefahaman KUIN dan YPPM Mashitah Terajui Pusat Kajian Pondok (PKP)


Oleh rmf

IMG-20150314-WA0021 Kesungguhan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak untuk memertabatkan  Islam dalam negara ini telah ditunjukkan dengan melaksanakan pelbagai pendekatan yang diambil dengan pelbagain cara.

Pendekatan melalui konvensyen-konvensyen , seminar –seminar yang berasaskan keisaman dianjurkan  dengan harapan akan syiar islam akan terus berkembangan dengan perkongsian keilamuan islam diseluruh dunia dan bertapak di Malaysia yang mana majority  penduduknya beragama Islam.

Baru baru ini melalui Yayasan pembangunan Pondok Malaysia yang di terajui oleh Dao’ Dr  Mashitah Ibrahim sekali lagi telah mendepani  halatuju pendekatan Islam dalam negara ini.

 Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta Perasmian Pusat Kajian Pondok (PKP) KUIN yang dilangsungkan di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Alor Star, Kedah.

IMG-20150314-WA0035

Majlis Persefahaman tersebut telah dirasmikan oleh Penaung Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia  iaitu Dato Seri Najib Razak,  turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah , Dato Seri Mukriz Mahathir, Rektor KUIN Datuk Mohd Yusof dan Pengerusi YPPM, Dato’ Cr Mashitah Ibrahim.

Persefahaman diantara KUIN dan YPPM ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kajian  yang menyeluruh mengenai pembangunan  Institusi  Sekolah Pondok di seluruh negara. Penubuhan Pusat Kajian Pondk Malaysia akan melakukan kajian kajian serta  mengenal pasti  serta melakukan penambah baiakan sisten pondok yang sedia ada.

Dalam ucapan perasmian yang dibuat oleh Penaung YPPM  telah  mencerapkan harapan agar pengembangan keilmuan Islam dalam negara ini dapat diperkembangkan dengan lebih giat lagi dan telah memperuntukkan sebanyak RM25juta sebagai  peruntukan untuk menjalankan aktiviti yang selaras dengan  harapan yang dilandaskan kepada YPPM.

Melalui kerjasama dan  persefahaman ini, KUIN akan bersedia menyediakan kepakaran dalam bidang tertentu bagi  melaksanakan program program bersama termasuk dalam peralatan dan logistic. Dengan cara ini kelancaran untuk mencapai matlamat akan dapat digarap sepenuhnya tanpa ada halangan.IMG-20150314-WA0011

Sekolah pengajian pondok merupakan  satu bentuk pendidikan keilmuan Islam yang sudah mula bertapak sejak abad ke 16 lagi. Dari konsep pembelajaran yang  bersifat individual , ianya berkembang kepada masyarakat kampong dan  disini bermulanya pondok dibina untuk mengembangkan keilmuan Islam  pada masa titu sehingga sekarang.

Pusat Kajian Pondol dijangka akan memberikan tumpuan  kepada penyelidikan yang lebih terperinci berhubung pengajian pondok termasuklah sumbangan ulama dan tokoh pondok. Selain itu, isu-isu berkaitan pembangunan, perkembangan dan pengaruh pondok selepas merdeka akan dikaji untuk manfaat generasi masa hadapan disamping melakukan penambahbaikan dalam bidang ini.

Perlantikan Dato’ Dr Mashitah sebagai Pengarah PKP yang pertama adalah bertepatan dengan  kehendak pengalaman dan latar belakang beliau sebagai peneraju PKP. Sebagai Pengerusi YPPM , Dato’ Dr Mashitah adalah graduan Universiti Kaherah dan Universiti Al-Azhar dan Berijazah sebagai Doktor Falsafah, permah berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan berjawatan Prf.Madya.

IMG-20150314-WA0019

Dalam perkhidmatannya  dalam kerajaan , beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri di Jabatan Pernada Menteri dan sekarang beliau merupakan Ahli Parlimen Baling dan Ahli Dewan Negara disamping sebagai Ketua Wanita UMNO Baling.

Harapan yang menjulang tinggi, dengan perasmian PKP ini maka akan berkembang  lagi usaha untuk memertabatkan Islam didalam negara ini dengan keelbagaian ussaha yang dilakukan. Malaysia pada masa akan datang mungkin akan menjadi satu negara  yang menjadi pusat keilmuan Islam dia Asia tenggara seterusnya menembangkan  program diperingkat antarabangsa.

Image | This entry was posted in Memorandum Persefahaman KUIN dan YPPM Mashitah Terajui Pusat Kajian Pondok (PKP) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s