FELDA Perkenalkan Skim Mudah Pemilikan Rumah Untuk Generasi Kedua


Oleh rmf

Permudah_beli_rumahPelbagai usaha yang dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)  untuk memastikan setiap generasi yang ada didalam  FELDA menikmati kemudahan yang disediakan  demi menjamin masa depan yang terbaik untuk mereka.

Dalam hal ini FELDA telah merancang  meyediakan satu skim  perumahan untuk warga FELDA generasi kedua memiliki rumah sendiri. Skim ini akan diperkenalkan kepada seluruh warga FELDA geberasi kedua dalam negara ini.

Keprihatinan  pengurusan FELDA terhadap isu ini telah memberikan satu gambaran harapan kepada generasi kedua yang mana  rata rata nya menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri.

Menurut Pengerusi FELDA  Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad , Langkah ini diambil setelah mengambil kira untuk memiliki atau membeli rumah kebanyakan generasi kedua yang bekerja di lading lading tidak mempunyai bukti pendapatan untuk melengkapkan syarat pembelian rumah.

Justeru itu satu inisiatif diambil bagi memudahkan generasi kedua ini memiliki  rumah sendiri dengan meyediakan  skim perumahan sewa beli dikalangan generasi kedua FELDA.

Sebanyak 100 buah rumah perintis telah Berjaya disiapkan di Paloh dan dijangkan sebanyak 20ribu lagi akan dibina  untuk generasi kedua FELDA menjelang tahun 2020. Pada masa yang sama Tan Sri Isa juga memaklumkan bahawa kadar harga yang ditetapkan oleh FELDA disasarkan  tidak melebihi RM200 ribu seunit.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan Kali Ke 13/2015 di Hotel One Senawang. Turut hadir daam Mesyuarat perasmian tersebut ialah  Pengerusi  Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan, Mohd Rofik Mohd Tusoff.

Image | This entry was posted in FELDA Perkenalkan Skim Mudah Pemilikan Rumah Untuk Generasi Kedua and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s