Ahli Parlimen DAP Teck Hwa  Mohon Maaf FITNAH Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun


Oleh rmf

download (1)

Siapa dikalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu perangai pembangkang dalam negara ini, Pembohongan , fitnah adalah sudah menjadi ruji makanan  politik meereka.  Kita boleh melihat saban hari dan waktu, fitnah berlulasa di dalam perjalanan politik yang cukup kotor.

Apa juga yang dilakukan oleh kerajaan, pastinya ada fitnah dilemparkan terhadap isu tersebut. Mereka hanya pandai menimbulkan persepsi yang man akan membuat  rakyat membenci kerajaan.

Jika kita lihat setiap fitnah yang diakukan dibiarkan beberapa  tempoh masa, bila kerosakan  melalui fitnah telah berlaku- Sebagaimana biasa mereka akan meminta maaf dan  impaknya telah dinikmati oleh mereka dalam bentuk sokongan.

Dalam hal ini, tindakan yang agak lewat bagi pro kerajaan mengambi l tindakan juga dilihat sebagai  salah satu sebab mengapa  sokongan terhadap kerajaan beransur menuruh. Sepatutnya bila berlakunya fitnah, tindakan segera melalui perundangan diambil.

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa  telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah Naib Presiden MCA, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dengan mengatakan Mei Fun telah mendesak kerajaan agar menghentikan penghantaran pelajar ke Timur Tengah  yang mana dilihat akan mempengaruhi pelajar melalui fahaman fahaman  keganasan.

Dalam kenyataan permohonan maaf yang dikeluarkanoleh Ahli Parlimen Bakri telah dirakamkan dan  rakaman berdurasi 1:52minit itu menyebut;

“Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya. Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya.”

Mei Fun dalam satu kenyataan media menafikan tuduhan tersebut dan memberi peluang kepada Ahli Parlimen DAP Bakri itu untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya secara terbuka.

Teck Hwa tanpa mengambil masa yang lama telah membuat satu sidang media penarikan fitnah yang telah disiarkan oleh lidah pro pembangkang Malaysiakini.

Sikap pembangkang yang acap kali membuat tuduhan melulu tidak memperlihatkan kematangan dalam politik yang juga ianya hanya berkisar kepasa memecahkan  perpaduan kaum dalam negara ini. Bagi pembangkang perkara yang amat penting ialah mendapat sokongan politik disampaing memperrlihatkan kerajaan sentiasa melakukan pembohongan dalam apa juga tindakan.

Dalam satu kenyataan akhbar yang telah dibuat  oleh  Naib Presiden MCA, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang terrnyata kesal dengan cara Ahli Parlimen DAP yang mana bertindak tanpa mengambil kira situasi dan impak kepada rakyat.

Dakwaan DAP langsung tidak berasas & bertaktik kotor 

Rencana Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa dalam media web Free Malaysia Today (4 Mac 2015) yang membidas kononnya saya pernah mengeluarkan pernyataan mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar-pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah agar mereka tidak diracuni fahaman serta propaganda pengganas adalah tidak berasas sama sekali. 

Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah sesekali mengeluarkan pernyataan seumpama itu dan oleh itu langsung tidak faham bagaimana Er dapat menulis bidasannya yang panjang lebar itu tanpa usul periksa sebagaimana sifat asasi yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang wakil rakyat. Perbuatan ini nyata tidak bermoral. 

Dengan segeranya, DAP serta mana-mana pemimpinnya mestilah menghentikan taktik kotor seperti ini untuk memburuk-burukan MCA dan memutar-belitkan fakta untuk menghasut serta membakar sentimen para penyokong DAP. 

Perbuatan Er Teck Hua memfitnah saya khususnya adalah satu bentuk pembunuhan karakter yang keji. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan mahukan Er menarik balik pernyataannya itu serta merta dan meminta maaf secara terbuka. Tindakan undang-undang boleh diambil jika beliau ingkar. 

Bertentangan daripada terus memainkan politik kotor, ada baiknya DAP berkhidmat secara bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat. Ingatlah bahawa sekarang bukan lagi tempoh ‘bulan madu’ DAP. Lambat-laun rakyat akan sedar dan membuat penilaian prestasi parti itu. Politik fitnah pasti ditolak. 

Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Naib Presiden MCA
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

Image | This entry was posted in Ahli Parlimen DAP Teck Hwa  Mohon Maaf FITNAH Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s