SPAD Guna Treler Angkut Teksi Langgar Undang-Undang


Oleh rmf

IMG-20150311-WA0038

Amaran demi amaran, teguran demi teguran telah dilakukan oleh SPAD  terhadap sebahagian besar pemandu teksi  yang gagal menggunakan meter di sekitar Kelana Jaya, Bandar Sunway, Sunway USJ, Subang Jaya, Damansara, Sg Buluh dan Kelang.

Sikap degil dan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan agar pemandu teksi yang beroperasi menggunakan meter bagi menentukan kadar bayaran kepada pelanggan. Namun setengah daripada mereka  tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Hasil makluman orang ramai SPAD  telag melancarkan  satu operasi yang dinamakan Ops TEGAS di beberapa kawasan yang  cukup kerap dilaporkan kejadian pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengesan  beberapa kesalahan yang lain.

Bagi memberikan teladan kepada kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian daripada pemandu teksi yang amat degil ini, SPAD telah menyediakan “pengangkutan khas” untuk  mengangkut tekasi yang telah melakukan kesalahan dengan serta merta.

Sikap tegas SPAD kali ini menunjukan kesungguhan SPAD untuk memastikan perkhidmatan yang  diberikan kepada pelangan dalam dan luar negara  berada pada tahap perkhidmatan yang terbaik. Sikap degil sebahagian daripada pemandu pada kali ini telah mengundang kepada  satu tindakan yang tegas

Dalam Operasi yang dijalankan semalam Ketua Bahgian Penguatkuasa SPAD Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad sendiri telah mengetuai operasi tersebut. Hasilnya seramai 30 orang pemandu teksi telah dikesan  melakukan pelbagai kesalahan.

IMG-20150311-WA0035

Daripada jumlah keseluruhan tersebut seramai 27 orang  pemandu teksi telah didapati bersalah atas kesalahan tidak menggunakan meter sewaktu memberikan perkhidmatan kepada pelangan.

Sebelum itu, SPAD telah menghantar seramai 30 pasukan yang ditugaskan untuk melakukan penyamaran bagi megesan kesalahan yang dilakukan beserta dengan bukti. Kejayaan operasi yang dilakukan telah menghasilkan tangkapan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Menurut Ketua  Bahagian Penguatkuasa SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad , Operasi yang  dijalankan telah berjaya sepenuhnya.

Seperti biasa bila tangkapan yang dilakukan oleh SPAD , pelbagai kenyataan yang akan dikeluarkan untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pemandu teksi,  Tetapi pernahkah mereka mematuhi undang undang yang telah ditetapkan ?

Kesalahan yang berulang kali dilakukan walaupun pelbagai tolak ansur  telah diberikan oleh SPAD untuk menunjukkan dasar rasional dan bertimbang rasa, Namun sikap tersebut tidak pernah dihargai oleh pemandu teksi.

IMG-20150311-WA0028

Menurut Che Hasni “kita akan teruskan operasi sampai pemandu teksi ini sedar. Selain tindakan pendakwaan, kita juga akan ambil  tindakan pentadbiran untuk menggantung kad-kad pemandu”

“Apabila kita sita, pemandu-pemandu teksi tidak dibenarkan mengeluarkan teksi mereka. Hanya syarikat sahaja yang boleh keluarkan. Tuan empunya teksi kena bayar amaun yang ditetapkan untuk keluarkan teksi mereka” kata Che Hasni lagi..

Untuk makluman, kesalahan pemandu teksi melanggar undang-undang ini akan disabtkan denda tidak kurang RM 1000 dan tidak melebih RM 500,000 atau penjara tidaj melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali…

Image | This entry was posted in SPAD Guna Treler Angkut Teksi and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to SPAD Guna Treler Angkut Teksi Langgar Undang-Undang

  1. Rami says:

    Harus konsisten,,dan kawasan bukit bintang harus di lakukan..tahniah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s