Ketegasan FELDA – Dua Ditahan SPRM Berkaitan Isu Penyelewengan


Oleh rmf

gari

Rasuah, penyalahan guna kuasa serta penyelewengan merupakan masalah yang banyak berlaku dimana mana syarikat koporat di Malaysia. Sikap yang tidak bertanggung jawab ini merugikan syarikat serta  mencalarkan intergriti.

Oleh yang demikian tindakan tegas seharusnya diambil oleh pihak pengurusan terhadap  perkara yang melibatkan penyalah gunakuasa, rasuah dan penyelewengan.

Dengan kesedaran ini, FELDA dan FGVH dengan  rasa kebertanggungjawaban telah menandatangani ikrar intergriti  koporat  dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2012.

Tujuan  perkara ini dibuat adalah untuk memastikan syarikat syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) atau syarikat milik kerajaan akan akur dan patuh kepada perundangan terutama  dalam perkara yang membabitkan isu perolehan dan perkara yang berkaitan dengan hasil  pendapatan.

Baru baru ini, SPRM mengesahkan telah menahan dua individu yang terlibat dalam isu penyelewengan wanag anak syarikta FELDA, FIC yang berjumlah RM44Juta. Pengesahan tangkapan ini telah dibuat oleh Dato’ Bahri Mohamad Zin, Ketua Bahagian Operasi Khas, SPRM melalui satu kenyataan media..

Difaham kan bahawa kedua dua individu tersebut yang berusia dalam lingkungan 44 tahun  telah ditahan untuk membantu siasatan penyelewengan wang anak syarikat FELDA yang mana ada berkaitan dengan pembelian sebuat asset  di Port Dikson.

Turut ditahan seorang Ahli Perniagaan pada 26 Februari 2015. Dia ditahan reman sehingga 5 Mac 2015 dan disambung reman 4 hari lagi sebelum dibebaskan pada 7 Mac 2015

Dengan tangkapan yang dibuat oleh SPRM sekali gus telah menyangkal  beberapa berita yang dikeluarkan di media social yang mana  mengatakan bahawa FELDA  sengaja mahu menyembunyikan  kes ini dari pengetahuan ramai.’

FELDA dengan kebertanggungjawaban telah memulakan langkah  plan tindakan kepada mana mana  isu berkaitan salah laku dalam koporat diambil tindakan tanpa kompromi.  Seramai 23 individu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan. Kes ini telah di siasat dibawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009.

Untuk memastikan FELDA terus berada dalam kepercayaan rakyat , dalam menegakkan intergrti dan nama baik FELDA sendiri, setiap penyelewengan , salah laku dan rasuah tidak akan dirahsiakan  dan tindakan tegas dengan kerjasama SPRM akan diambil tanpa kompromi.

Image | This entry was posted in Ketegasan FELDA - Dua Ditahan SPRM Berkaitan Isu Penyelewengan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s