Datuk Seri Liow Tiong Lai-Membina Dan Membangunkan Kampung Bersama Generasi Muda


Oleh rmf

IMG_5366

Senario yang berlaku  sekarang ialah bagaimana penghijrahan  generasi muda meninggalkan kampung dan mencari kehidupan di  Bandar Bandar utama negara. Dengan penghijrahan ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan jangka panjang terhadap  kampung.

Kesan yang paling ketara ialah  bilangan  generasi muda amat berkurangan untuk memajukan kampung  serta  mengimarahkan pusat pusat kegiatan yang sepatutnya diterahui  oleh generasi muda.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melihat perkara yang berlaku ini adalah disebabkan  pembangunan yang dilakukan dikampung kampung kebanyakannya hanya berasaskan keperluan infra semata.

Seharusnya dasar membina dan memajukan kampung harus dilihat dari kepelbagaian sudut yang beleh memenuhi semua aspek generasi muda dan tua. Dengan cara ini penghijrahan  generasi muda akan dapat dielakkan dan akan megekalkan sebuha kampung yang berdaya saing dalam apa juga bidang.

Dengan perancangan yang teliti untuk membina dan membangunkan kampong seharusnya  dilihat akan memberikan ruang dan peluang kepada generasi mudah dengan seluasnya.

Aspek pembangunan tidak harus lagi tertumpu kepada pembangunan pisikal seperti mengadakan lampu jalan, perparitan  dan jalan sahaja, tetapi mesti juga memberikan tumpuan kepada keperluan membuat generasi muda mahu tinggal di kampung untuk membangunkan nya.

Dalam ucapan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa memajukan dan membangunkan kampong bukan sahaja bertumpu kepada  pusat kampung, namun ianya mesti bersifat menyeluruh.

Kawasan pinggir kampung juga perlukan pembangunan dan projek baru dimana generasi muda terutama nya ada sebab untuk tinggal di situ dan menikmati peluang pekerjaan.

Perlaksanaan pembangunan dalam bentuk ekonomi seharusnya diwujudkan dan  ianya juga akan menyumbangkan peluang  pekerjaan  kerada generasi muda disamping akan memajukan kampung kampung dengan produk keluaran mereka.

MCA  dengan kesedaran ini akan terus berusaha untuk mengwujudkan lebih banyak pembangunan ekonomi di kampung kampung baru sejajar dan bersesuaian dengan perancangan untuk menghasiilkan produk dan memasarkan sebagai  salah satu penjanaan ekonomi setempat.

Produk yang dihasilkan secara tidak langsung akan memberikan kesan  peningkatan ekonomi terhadap  masyarakat kampung dan juga generasi muda yang bersama membina dan memajukan industri yang diwujudkan.

Perancangan ini disifatkan sebagai satu perancangan jangka panjang yang mana telah dilaksanakan di negara China yang mana  menjadikan industri  kampung  dalam kepelbagaian  aspek pembangunan  termasuk pertanian, seterusnya  berkembang menjadi bandar moden

Dengan demikian perancangan ini merupakan satu keutamaan agenda jangka panjang  MCA untuk membangunkan kampung  kampung baru dan ianya akan diterajui oleh   Timbalan Presiden MCA , Datuk Wee Ka Siong.

Semasa mengadakan sesi lawatan ke kampung kampung baru di Manching, Telemong dan Sungai Perdak, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berpeluang untuk menjawab  soalan soalan yang diberikan oleh penduduk kampung dengan pelbagai masalah yang dihadapi.

Perkongsian masalah bersama penduduk kampung telah membuka ruang  pandangan secara terus  dari akar umbi dan  seharusnya plan tindakan akan dirancang untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat enduduk kampung baru.

Image | This entry was posted in Datuk Seri Liow Tiong Lai-Membina Dan Membangunkan Kampung Bersama Generasi Muda and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s