Wan Azizah “Di Matikan dan Di Tokongkan ” Di Kajang


Oleh rmf

11056576_1553789578205614_4270356283418905670_n

Kawasan Dun sendiri tak terjaga..siang malam asyik berdemo minta membebaskan laki yang kaki meliwat.!!

Semua pun dah sedia maklum bahawa penyelenggaraan jalan di Selangor berada pada tahap yang amat menyedihkan apabila banyak masalah jalan berlubang dikesan sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri.

Satu kumpulan anak muda yang diketuai oleh saudara Landor telah menjalankan aktiviti menurap semula lubang lubang di sekitar negeri Selangor dan malam tadi mereka telah melakukan kerja penurapan di sekitar kawasan Kajang yang mana ianya diwakili oleh Presiden PKR sendiri iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Mungkin juga kumpulan ini telah memberikan amaran supaya jalan berkenaan diturap atau dibaiki namun tidak mendapat respon daripada wakil rakyat berkenaan dan tindakan drastik juga telah dilakukan oleh mereka dengan meletakkan gambar Wan Azizah serta disebarkan didalam akaun facebook bagi menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap ADUN Kajang.

Untuk penyelenggaraan jalan serta perparitan, dalam perlembagaan negara juga telah termaktub bahawa kerajaan pusat perlu menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri dan itu telah pun dilakukan oleh kerajaan persekutuan dengan saluran dana bernilai lebih dari setengah billion setahun.

Tapi kemana wang tersebut di agihkan? Peruntukan untuk penyelenggaraan jalan dan parit telah diberikan namun jalan jalan raya di sekitar negeri Selangor masih dalam keadaan yang amat membimbangkan dimana jalan jalan yang berlubang boleh mengundang bahaya kepada penunggang serta pembonceng motosikal.

Seperti yang berlaku di Shah Alam baru baru ini, seorang lelaki telah maut apabila jatuh setelah terlanggar lubang.

Apa tindakan kerajaan negeri?

Keluarga mangsa diberikan wang pampasan sebanyak RM 1juta dan kes dianggap selesai begitu sahaja.

Adakah dengan nilai RM 1juta tersebut sama dengan nilai nyawa yang hilang atau kerajaan negeri telah menilaikan nyawa manusia dengan wang ringgit?

Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini nampaknya tidak akan mempedulikan keselamatan rakyat dan apa yang mereka pedulikan ialah bagaimana hendak membebaskan Anwar dari dalam penjara sedangkan rakyat terbiar tanpa pembelaan walaupun ratusan juta duit telah disalurkan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat oleh kerajaan pusat melalui peruntukan MARRIS.

Image | This entry was posted in Wan Azizah "Di Matikan dan Di Tokongkan " Di Kajang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s