Memertabatkan Islam KUIN dan YPPM Menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) Yang Pertama.


Oleh rmf

08f34-mashitah

Pusat Kajian Pondok (PKP) yang  pertama telah ditubuhkan oleh Kolej  Universiti Insaniah atau lebih dikenali sebagai (KUIN) sebagai satu langkah  untuk meningkatkan sistem yang sedia ada serta martabat Institusi Pengajian Pondok

Datuk Mashitah Ibrahim  dengan rasminya telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok  (PKP ) yang pertama  bagi  mentadbir  semua uruasan yang berkaitan PKP.  Dalam pada masa yang sama juga Datuk  Dr Mashitah juga merupakan Pengerusi  Eksekutif YayasanPembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Penerimaan jawatan sebagai Pengarah PKP merupakan salah satu tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan setiap kajian yang dilakukan  dapat memberikan manfaat kepada  Institusi Pondok dan menjadikan Institusi tersebut sebagai satu pusat yang terabik dalam menghasilkan agamawan .

Semangat  beliau untuk menyumbangkan bakti kepada  Institusi Pondok amat  dibanggakan.  Ini adalah kerana dengan jawatan yang disandangnya didalam PKP  membolehkan beliau merancang jalan terbaik untuk  memertabatkan  Institusi Pondok melalui  Pusat Kajian Pondok (PKP).

Justeru itu bagi memastikan tiada tanggungan   dalam pengurusan PKP, Beliau dengan rela hati menerima jawatan sebagai Pengarah tanpa bayaran gaji atau pun elaun. Sikap ini sama sekali menunjukkan betapa kesungguhan  beliau mahu melihat Istitusi Pondok berada di mercu teratas dan menjadi pilihan  anak muda dimasa akan datang.

Pemilihan yang dibuat untuk menjawat jawatan tersebut adalah berdasarkan kemapuan dan kapasiti beliau yang mana merupakan  bekas anak didik  Pusat Pengajian Pondok yang mana  cukup arif tentang segala permasalahan yang berlaku.

Penubuhan PKP ini dilihat sebagai satu medium yang terbaik baik Yayasan Pembangunan Pondok untuk melihat kelebihan dan kelemahan dan mengenalpasti  tatacara terbaik untuk melahirkan cendiakawan ilmuan agama yang berkualiti.

Kerjasama yang terjalin dibawah satu aliran  dijangka akan memudahkan lagi  perancangan jangka panjang yang dilakukan secara kerjasama  bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang mana bertanggungjawab didalam memastikan segala keperluan dilaksanakan  dengan lebih teratur dan berkesan.

Kesinambungan dan sokongan dari Jabtan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak dalam pembangunan Ilmuan  yang berasaskan pendidikan pondok  tidak dapat dinafikan lagi.  Sebagai Perdana Menteri Beliau  mahu melihat sebuah generasi yang baru dan mempunyai  ilmu  agama yang mencukupi bagi  memastikan kesinambungan kepimpinan  atau sebagai penasihat dalam pemerintahan negara.

Justeru itu, YAB Perdana Menteri dengan berbesar hati dan dijangka akan hadir untuk merasmikan Pusat Kajian Pondok ini  sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam memertabatkan Islam yang Ad-Din  sebagai tunggak pegangan untuk generasi akan datang.

Image | This entry was posted in BENARKAH? Marina Mahathir Cuba Memujuk Tun Mahathir Menyertai Pakatan pembangkang., Memertabatkan Islam KUIN dan YPPM Menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) Yang Pertama., Ucapan Terima Kasih Datuk Mashitah Sempena Lantikan Sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Memertabatkan Islam KUIN dan YPPM Menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) Yang Pertama.

  1. Sebelum jadi PM,Tun M pernah menumbangkan Tunku Abdul Rahman,Semasa jadi PM,Tun M telah menumbangkan 3 TPM.Semua TPM merupakan Menteri Kewangan.Tun M very powerfull potician.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s