MCA Memberi Penghargaan Kepada Media Di Majlis Makan Malam


Oleh rmf

metd_0903_pg11_mcamedia050315_pamellalim_5Memandangkan media sosial dan bidang kewartawanan memainkan peranan penting dalam konteks penyebaran maklumat yang pantas, namun jika disalahgunakan ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan negara.

Media juga memainkan peranan yang amat penting dalam politik negara, kebaikan dan keburukan sesabuah negara dapat di olah oleh pihak media untuk tujuan yang baik atau sebaliknya.  Dengan demikian peranan media tidak boleh dipandang remeh  kerana penglibatan mereka amat penting sekali.

Atas kesedaran itu MCA telah menanjurkan satu Majlis Makan Malan untuk memberikan satu pengiktirafan kepada  pihak media sebagai satu penghargaan  kepada unit media yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk MCA khususnya.

Satu Majlis yang cukup bermakna kepada pihak media telah diadakan di Dewan San Choong,  Wisma MCA  dengan penuh  gemilang.

Didalam Majlis tersebut , pelbagai acara telah disusun untuk memeriahkan lagi Majlis Makan Malam yang diadakan, Pengiktirafan ini bukan sahaja hanya memberikan sumbangan  tetapi mereka diarikan dengan  diberikan layanan bukan sahaja sebagai tetamu malahan ditempatkan sebagai  “VIP”di meja khas untuk mereka.

Sebagai tuan rumah yang menganjurkan Majlis Makan Malam tersebut, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Wee Ka Siong bersama beberapa orang  pemimpin MCA yang lain turut hadir dan bersama sama menyambut pasa tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Dalam ucapan yang diberikan oleh Presiden MCA telah menyatakan perasaan berterima kasih  dan penghargaan MCA kepada semua pengamal media diatas sokongan  dan kerjasama yang diberikan dalam penyampaian berita berita terkini  terutama mengenai akitiviti yang dilakukan oleh MCA.

Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya juga amat berharap, kerjasama erat akan terus terjalin untuk menyebarkan berita berita yang tepat  untuk rakyat dan juga kebaikan untuk negara.

Dalam majlis yang cukup bermakna untuk pengamal media, mereka juga telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan hiburan  dan diantaranya petikan gitar dari Ketua Pemberita akhbar TheStar Martin carvalho yang menunjuk kan bakat menyanyi dengan lagu “When you say nothing at all”

Majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu yang bertemakan Tahun Baru Cina serta diiringi dengan cabutan nombor bertuah untuk para  tetamu yang hadir pada malam itu.

Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh MCA ini adalah merupakan salah satu cara bagaimana MCA mengiktirafkan  serta menghargai pengorbanan serta  penglibatan pengamal media dalam menaikkan reputasi MCA di mata rakyat Malaysia.

Hubungan baik diantara media dan  parti politik seharusnya terapkan agar ianya dapat memberikan impak yang besar dalam penyampaian berita yang tepat dan  padat untuk memberikan  satu bayangan perjalanan  semua aspek dalam sesabuah negara.

Justeru itu, penglibatan media dan kesinambungan kerjasama seharusnya diteruskan. Pengiktirafan dan penghargaan MCA kepada pengamal media adalah sebagai pendorong  kepada  mereka , walaupun sebahagian besar dari kita faham bahawa bidang kewartawanan dan media adalah satu tugas yang cukup mencabar.

Image | This entry was posted in MCA Memberi Penghargaan Kepada Media Di Majlis Makan Malam and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s