Analisis Ucapan Dato’ Seri Najib Razak Dalam Konvensyen UMNO Perak


Oleh rmf

10167983_388374958013474_803377168698053286_n

Amalam politik baru, itu diantara intipati yang telah diucapkan oleh Dato’ Seri Najib  Tun Abdul Razak didalam Majlis Penutupan Konvensyen UMNO Negeri Perak semalam.  Politik baru ini telah juga disebut didalam Persidangan Agong UMNO  dua tahun yang lalu.

Politik baru adalah politik yang seiring dengan perkembangan  teknologi sebagai unit penyebaran maklumat ter[enting didalam politik. Perkara ini telah diutarakan sedikit masa lalu yang mana menyarankan kepimpinan disemua peringkat berkemahiran dalam  menguasai politik baru.

Perancangan yang teliti dan persediaan  yang cukup mampn  seharusnya dirancang untuk UMNO bergerak seiring cara berhadapan dengan  daya pemikiran  generasi baru. Pendekatan yang terbaik dan  boleh diterima setiap golongan terutama dikalangan pengundi jika mahu menguasai politik dimasa akan datang.

Sebagaimana yang telah disebut didalam Perhimpunan Agong UMNO beberapa tahun yang lalu, Politik gaya baru semestinya seiring dengan politik lama. Politik yang berteraskan kepada pembangunan  masih diperlukan oleh rakyat dan perlu dilaksanakan oleh kepimpinan negeri dan juga bahagian.

“Kita perlu lakukan apa yang perlu dilakukan,” merupakan ungkapan yang perlu difahami sepenuhnya oleh kepimpinan keseluruhannya. Ianya bermaksud  agar setiap kepimpinan melihat dari kepelbagaian sudut untuk semua aspek. Ini termasuk keperluan segera yang patut diambil berat dan disegerakan.

Ketika berucap pada penutupan Konvensyen Umno Negeri Perak dan perasmian serentak persidangan Umno cawangan-cawangan Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh.

Presiden Umno berkata bahawa gaya pemikiran pengundi sekarang amat berbeza dengan cara dan gaya masa lalu, kajian dan pencerapan alaf baru terpaksa  dilakukan demi memastikan setiap  gerak kerja yang dilakukan bersesuaian dengan corak pemikiran sekarang.

Jika  gaya politik baru ini  tidak dapat dikuasai sepenuhnya, maka  pada PRU 14 nanti UMNO  akan menghadapi satu suasana yang amat kritikal. Justeru itu UMNO melalui kepimpinannya mesti menguasai politik baru dan menggunakan peruntukan  yang ada untuk menguasainya.

Jika dahulu , para kepimpinan UMNO acap kali berkata agar rakyat atau pengundi mengucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukan. Namun semua itu bukan lagi gaya politik sekarang, gaya pemikiran sekarang melihat itu adalah tanggung jawab yang perlu dilaksanakan.

Dalam hal yang demikian, mengubah persepsi ucapan  adalah kebijaksanaan  pemimpin pada pengundi, ucapan yang keterlaluan akan membuat rakyat merasa jelak dengan  kepimpinan dan juga UMNO. Sebaik nya kita bukan mengolah pemikiran pengundi akan tetapi menyuruh pergundi sendiri berfikiran secara rasional dengan melihat apa yang ada dihadapan mereka.

Umno perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran politik baharu kerana pada masa ini, media sosial sudah dianggap sebagai media arus perdana dan media arus perdana sedia ada seperti media cetak menjadi pilihan kedua.

Untuk menjadi “warlord” seharusnya dielahkan bagi kepimpinan semua peringkat. Kerana sikat sedemikian akan menjauhkan lagi jurang diantara pengundi dan UMNO. Sekarusnya UMNO lebih relevan dalam mendengar sega macam persolana dan memikirkan yang terbaik untuk rakyat dan parti.

Mereka seharusnya mengamalkan sifat berhemah tinggi, keterbukaan dan sanggup menyusur hingga ke akar umbi selain merendah diri dalam usaha menjadi pemimpin yang disenangi dan disukai. Bukan sekadar menunjukkan kesombongan dan mendengar kata kata “Right Hand” untuk membuat  keputusan tanpa melihat sendiri persekitaran.

Perkara ini amat banyak terjadi di setiap peringkat yang mana telah menjadi  perbualan  diperingkat bawahan. Justeru itu, mengubah corak politik sedemkian kepada yang  lebih terbuka akan melihatkan titik tik perubahan  sokongan terhadap UMNO.

Kegelisahan Presiden UMNO dapat dilihat bagaimana beliau menyatakan kebimbangannya nasib orang Melayu jika UMNO terkubur nanti. Melayu akan dilihat  sebagai satu bangsa yang palaing “bangsat” sekali  dan akan megemis dibumi sendiri jika plan tindakan dari kepimpinan  disemua pertingkat hanya mementingkan diri sendiri.

Akhir ucapan, Presiden UMNO mengharapkan agar keansungan politik didalam Negeri Perak akan berterusan dengan sokongan yang diberikan kepada Menteri Besar Perak sekarang.

Dalam konvensyen UMNO ini telah meluluskan 10 resolusi yang kan menjadi pemangkin kepada gerakan UMNO negeri Perak untuk memastikan UMNO Negeri Perak berdaya sainga, mersra rakyat dan memastikan kelansungan  perjuangan untuk memastikan  Melayu terbela dimasa akan datang.

Antaranya program penambahan anggota dan penambahan pengundi, program untuk mengukuhkan jentera parti, melakukan audit cawangan, mendekati pengundi muda dan taat setia kepada pemimpin dan perjuangan Umno.

Justeru itu, kepimpinan UMNO negeri Perak harus sedar bahawa perjuangan politik alaf baru memerlukan kemahiran berpolitik dan  menguasai  media baru yang mana ianya bukan lagi mimpi yang tak nyata sebagaimana mula mula diperkenalkan sedikit masa lalu.

Gabungan dan bukan berharap kepada satu sumber merupakan kebijaksanaan pemimpin dalam mengolah  gaya politik baru termasuk media merupakan satu gaya penguasaan terbaik disamping memastikan UMNO tetap berada dipersada hati rakyat yang inginkan Melayu tetap dibela.

Image | This entry was posted in Analisis Ucapan Dato' Seri Najib Razak Dalam Konvensyen UMNO Perak and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s