Ucapan Terima Kasih Datuk Mashitah Sempena Lantikan Sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP)


Oleh rmf

mashitah parlimen

Berhijrah bukan ertinya melarikan diri dari sesuatu dan meninggalkannya, tetapi berhijrah itu adalah keluar dari kepompong dan membina sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Hijrah dalam islam ialah  untuk meningkatkan lagi usaha yang dilakukan dalam bidang yang sama atau berlainan.

Ini yang telah  dilakukan oleh Pengerusi  Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia ( YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mana telah dipertanggungjawabkan untuk membina legasi pondon yang berdaftar di Malaysia agar ianya berada dilandasan yang  sebaik-baiknya .

Setelah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) pada 2012 untuk menerajui YPPM dan  ditugaskan untuk memertabatkan Institusi Pondok di Malaysia.

Baru baru ini Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIN) melalui rektornya telah melantik  Datuk Dr Mashitah Ibrahim  untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) untuk julung kalinya  ditubuhkan .

Perlantikan ini dilihat sebagai satu pilihan yang tepat dimana  kelayakan serta  pengalaman yang ada pada diri Datuk dr Mashitah  merupakan aset yang amat berharga dilihat oleh KUIN  untuk beliau menerajui  Pusat Kajian Pondok (PKP).

Dalam satu kenyataan terima kasih, Datuk Dr Mashitah menyatakan kesanggupan beliau untuk menerajui PKP  dan amat menghargai kepercayaan yang diberikan  kepada beliau. Kepercayaan yang diberikan oleh KUIN merupakan satu tanggung jawab yang besar bagi memastikan PKP akan terus wujud sebagai pusat kecemerlangan yang akan dibanggakan pada masa akan datang.

Penubuhan PKP adalah bertepatan dengan senario masyarakat Melayu sekarang yang mana telah menunjukkan minat yang mendalam  kepada sistem pengajian Sekolah Pondok. Rata rata semakin ramai ibu dan bapa masyarakat Melayu  tidak kira dari apa juga  golongan  telah mula menunjukkan perkembangan positif kearah pendidikan pondok.

Dalam menghadapi  cabaran yang  lebih extreme terhadap Islam, Perkembangan sekolah pondok sebagai pusat pembelajaran  dilihat merupakan pilihan yang tepat. Serangan ideology atau pemikiran yang  hebat sekarang seharusnya dilihat merupakan cabaran oleh pihak tertentu untuk menjadikan Islam itu lebih liberal.

Serangan pemikiran liberalism, pluraslisme dan pasca-modernisme, hadis palsu dalam internet serta pelbagai ajaran sesat dan tafsiran konsep yang songsang yang mampu mempengaruhi remaja melalui penggunaan media sosial.

Dalam hal yang demikian, Pusat Kajian Pondok (PKP)  akan terus menerus membuat kajian yang mendalam  aktiviti yang meyesatkan serta  mengadakan  seminar, konvensyen,  serta penerbitan  isu isu yang mencabar Islam untuk dijadikan sebaran umum.

Untuk memantapkan lagi keperluan PKP menurut Datuk Dr Mashitah, jaringan  keupayaan maklumat akan dibuat melalui dalam dan antarabangsa bagi mendapatkan input input  dan output yang berkaitan dengan pembangunan  Islam.

Dalam pada masa yang sama sebgaimana yang disarankan didalam Islam, kerjasama dan perpaduan  serta bersatu dalam apa juga bentuk ukhuwah adalah dititik beratkan agar dengan adanya  penyatuan dari masyarakat serta kerjasama yang diberikan akan menjadikan PKP  akan lebih bermaklumat dari pelbagai sumber.

Datuk Dr Mashitah sedar bahawa lantikan beliau sebagai Pengarah PKP ini merupakan satu tanggung jawab yang cukup besar dan akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memertabatkan Islam sekali gus akan menjadikan pengajian Pondok adalah pilihan utama dimasa akan datang.

Image | This entry was posted in Ucapan Terima Kasih Datuk Mashitah Sempena Lantikan Sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s