Ahli Majlis Tempatan Negeri Sembilan 31 Koata MCA Kekal


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-MCA-UMNO

Pengekalan 31 koata dari MCA  dalam pemilihan Ahli Majlis Tempatan Negeri  dikekalkan sebagai tanda kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada MCA agar dapat mengembalikan sokongan yang padu dari masyarakat  terutama dari masyarakat Cina agar kembali menyokong kerajaan.

Pemilihan ini adalah kepercayaan yang cukup jujur diberikan oleh kerajaan negeri  dan adalah menjadi tanggung jawab besar bagi MCA memikul amanah yang diberikan dan bekerja keras untuk mendengar dan meyelesaikan masalah  setempat.

Ucapan penghargaan dari MCA telah disampaikan oleh Datuk Dr Wee Ka Siong selaku  Timbalan Presiden MCA dalam satu majlis penyampaian watikah lantikan di Seremban. Watikah tersebut telah sisampaikan oleh  YAB Menteri Besar  Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam ucapan yang diberikan oleh Datuk Wee Ka Siong , beliau amat berharap semua yang dilantik akan menunjukkan komitmen yang terbaik  dalam menjalankan tanggung jawab yang diberikan. Setiap lantikan dari MCA  disarankan agar menghantar  laporan gerakan aktiviti  dan perancangan yang  akan dilakukan.

Kelebihan yang ada dilihat apabila MCA tidak mewakili mana mana DUN  dalam lantikan ini  setidak tidak nya wakil wakil yang dilantik akan berusaha dengan lebih gigih lagi tanpa kekangan. Dalam erti kata lain ahli hali lantikan dari MCA akan dapat terus berhubung dengan masyarakat  tanpa sekatan dan menyampaikan dasar kerajaan di setiap kawasan dan zon.

Peluang ini harus digunakan sepenuhnya oleh lantikan dari MCA untuk  bergerak meraih sokongan dan mendapatkan semula kerusi yang  hilang  pada PRU13 yang lalu. Gerak kerja yang kuat serta kesungguhan mendapingi masyarakat akan dinilai oleh masyarakat yang mana melihat keperluan mereka ditunaikan.

Menurut Datuk Wee Ka Siong, pemilihan pada kali ini dibuat melalui saringan yang cukup teliti dan  cermat, ini dengan tidak secara langsung menunjukkan bahawa MCA memerlukan kelompok anggota yang bertanggung jawab dalam memegang jawatan yang diberikan.

Tindakan ini akan memberikan kesan yang positif  kepada MCA dan juga BN  dalam usaha mengembalikan keyakinan masyrakat dan pengundi  untuk dinilai pada PRU akan datang. Diantara syarat yang wajib dalam kretiria pada kali ini ialah  setiap anggota yang dilantik mestilah fasih berbahasa Melayu

Mereka yang dilantik sebagai Ahli Majlis  dikehendaki menghadiri program program  yang dianjutkan mengikut kawasan yang dikawal selia oleh mereka. Pergaulan  bersama masyarakat tanpa ada  kekangan politik dan juga budaya.

Bukan itu sahaja, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan amat berharap agar Ahli Majlis yang dilantik menjadi landasan atau perhubungan diantara  kerajaan negeri dan rakyat. Ahli Majlis juga adalah diantara  perancang perancang bagi pihak kerajaan negeri dan  juga sebagai penyebar maklumat tentang dasar dasar kerajaan kepada rakyat marhaen.

Dengan demikian secara tidak langsung, peranan yang dimainkan oleh Ahli Majlis ini akan mengubah pemikiran rakyat  yang mana sentiasa berfikiran  negative dalam apa juga usaha dilakukan sebelum ini. Dengan usaha gigih PBT akan dilihat sebagai satu agensi yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dalam bentuk fizikal dan  terbaik.

Image | This entry was posted in Ahli Majlis Tempatan Negeri Sembilan 31 Koata MCA Kekal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s