Oleh rmf
Sebagaimana tahun tahun sebelum ini, Sambutan perayaan Tahun Baru Cina di lengkapi dengan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina diadakan. Pada tahun ini Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah diadakan di Menara Condong di Telok Intan Perak.
Majlis Rumah terbuka Sambutan Tahun Baru Cina telah dianjurkan bersama Kementerian Perlancongan dan Kerajaan negeri Perak.
Suasana meriah Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ini dapat dilihat dengan kehadiran pelbagai kaum untuk bersama sama meraikannya. Kunjungan ke Majlis Rumah terbuka Tahun Baru Cina dapat dilihat bagaimana setiap rakyat dlam negara ini sentiasa menghargai dan menghormati diantara satu dengan yang lain.
Suasana yang meriah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri yang mana mewakili parti parti politik di Malaysia dan diantara yang hadir ialah Ahli Parlimen Telok Intan iaitu Dato’ Mah Siew Keong merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Di Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri , beliau amat merngharapkan semua rakyat didalam negara ini sentiasa menghormati diantara satu dengan yang lain. Pesanan ini dibuat adalah untuk memastikan keharmonian dan perpaduan diantara kaun dapat dijaga demi mengekalkan keamanan dalam negara ini.
Bersatu dalam megekalkan perpaduan merupakan kunci kehidupan berbilang kaum dan bersama sama menghadapi cabaran yang akan datang demi memastikan kemakmuran dicapai seiring dengan pembangunan negara.
Dalam ucapan balas Presiden MCA Dato’ Seri Liow Tiong Lai juga mengharapkan agar keharmonian yang dikecapi sekarang dapat ditunjukkan bersama oleh kepimpinan tertinggi negara.
Bukti rakyat sedang menikmati keamanan dapat dilihat bagaimana penyertaan mereka dalam sambutan bersama –sama dalam perayaan perayaan yang disambut dalam negara ini.
Sambutan Rumah Terbuka dalam negara ini merupakan sambutan yang telah diiktirafkan sebagai satu sambutan yang telah lama diamalkan dalam negara ini. Ianya bermatlamat untuk mengeratkan perpaduan dan keharmonian kaum tanpa dihalang pertentangan pendapat, perbezaan ideologi, kelainan politik dan perbezaan anutan agama.
Keamana dan keharmonian yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia telah menarik minat ramapi pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat keunukan kehidupan kepelbagaian etnik yang hidup dalam suasana aman dan makmur.
Dengan tidak secara langsung, sambutan Majlis Rumah Terbuka ini telah melebarkan pasaran perlancongan negara dan ianya akan memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi perlancongan terbaik dunia.
Kesimpulan nya ucapan kedua dua pemimpin ini telah mengambarkan secara jelas bahawa perpaduan antara kaum merupakan kunci yang utama bagi memastikan kesinambungan keharmonian kaum akan dapat di kekalkan.
.