Bas Expres Ke Pantai Timur Akan Berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan Berkuatkuasa 9 March 2015


Oleh rmf

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sistem pengakutan awam adalah nadi kepada  pergerakan ekonomi dalm sesabuah negara.  Keberkesanan  dan kelancaran  sistem pengangkutan  akan memberikan satu impak yang positif  dalam pelaburan negara dan juga perlancongan.

 Atas kesedaran itu juga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  telah memainkan peranannya dalam memastikan  sistem pengangkutan yang ada sekarang dibuat penambahbaikan  secara terancang.

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih selamat dan lebih baik untuk penumpang, pelbagai usaha telah dilakukan, ini termasuklah meningkatkan perkhidmatan yang lebiah baik dari sebelumnya.

Penutupan  Terminal  Bas Greenwood adalah merupakan satu langkah yang cukup terancang untuk memastikan penumpang mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Justeri itu bas bas expres yang beroperasi di terminal bas di Greenwood yang  membawa penumpang ke Pantai timur akan dipindahkan di Terminal Bersepadu Selatan. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan pemberhentian Hentian Bas Greenwood adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengurusan sistem yang sedia ada yang dilihat tidak mesra pelanggan.

Syarikat syarikat  bas yang  terjejas hanya akan beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), berkuatkuasa 9 Mac 2015. Untuk mendapatkan perkhidmatan  bas express yang membawa penumpang ke Pantai timur, semua penumpang disarankan menggunakan perkhidmatan LRT dari stesen Titiwangsa ke stesen Bandar Tasik Selatan.

Untuk memberikan kemudahan kepada penumpang SPAD telah  diminta untuk melanjutkan perkhidmatan bas RapidKL bagi tujuan  untuk menghubungkan keperluan penumpang  dari Greenwood ke stesen LRT Titiwangsa.

Perkhidmatan lanjutan RapdKl ini  telah memulakan operasinya  bermula 1 March 2015 dan ianya akan dipantau   dari masa kesemasa mengikut permintaan. Perkhidmatan lanjutan dan tambahan ini  beroperasi sebanyak lima perjalanan sehari.

Bagi pengunjung sekitar  dari Batu Caves, Taman Wahyu, Kg. Batu, Batu Kentonmen dan Sentul boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter (Sentul – Pelabuhan Klang ) dan meneruskan perjalannan mereka ke KL Sentral

Dengan langkah ini, pengguna bas expres yang ingin ke Pantai Timur akan berpusat di Terminal Bersepadu  Selatan dan akan  menikmati perkhidmatan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Kemudahan yang lengkap di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah diantara terminal yang serbalengkap dan  dengan tempat duduk yang mencukupi dilengkapi rauang berhawa dingin. Sistem keselamatan 24 jam, sistem tiket berpusat, balai  ketibaan dan berlepas  dipaparkan melalui elektronik skrin, dan kemudahan-kemudahan lain seperti mesin ATM, kedai-kedai dan restoran-restoran.

Dengan penutupan Terminal Bas Greenwood diharapkan akan  dapat mempertingkatkan  sistem pengangkutan awam darat dengan lebih bersistematik dan  menjana kepuasan dikalangan penumpang.

Image | This entry was posted in Bas Expres Ke Pantai Timur Akan Berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan Berkuatkuasa 9 March 2015 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s