YPPM Melangkah ke Dimensi Baru Dalam Bidang Perniagaan


Oleh rmfIMG-20150228-WA0049

Terdahulu didalam beberapa artikel yang telah dikeluarkan telah menyebut beberapa rangka cadangan pihak Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia untuk menggerakan  pelbagai usaha untuk memertabatkan  struktur penjanaan pendapatan bagi menampung keperluan keperluan yang berkaitan dengan pembangunan pondok di Malaysia.

Beberapa inisiatif cadangan telah dinilai dan ditimbangi dengan kewajaran yang amat teliti. Keputusan yang telah diambil oleh pihak Yayasan Pembangunan Pondok yang diketuai oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim adalah bertepatan dengan kehendak semasa.

Pada tarikh 28 February 2015, maka telah termeterilah satu pendekatan penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia ( KPPM ) , dimana pada mesyuarat penubuhan kali pertamanya  telah diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia di Kuala Lumpur.

Didalam mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 70 oarang sebagai pelengkap syarat penubuhan sebuah Koperasi yang  sah mengikut perundangan negara.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan semangat baru melalui penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia (KPPM) adalah bertujuan untuk membawa satu demensi baru dalam pembangunan pondok  dengan berusaha gigih  menjalankan perniagaan untuk mendapatkan hasil untuk membangunkan  Sekolah Sekolah Pondok di Malaysia.

Sebelum ini sekolah Sekolah Pondok di Malaysia hanya  mampu berharap  bantuan, derma dan juga sumbangan dari pelbagai pihak untuk menampung keperluan , mahu pun dalam bentuk fizikal dan keperluan  pembelajaran.

Mesyuarat pada kali pertama tersebut  telah dihadiri oleh Saudara Muhamad Amran Che Abdullah sebagai Penolong Pengarah Kanan Nasional A, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan bagi memantau mesyuarat  yang dijalankan.

Keputusan sebulat suara telah dibuat didalam mesyuarat tersebut dengan memilih dan melantik Datuk  Dr Mashitah menyangdang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia ( KPPM ) yang pertama dan manakala Yean Abddulah menyangdang Setiausaha dan  Datuk Seri Amir Hussein sebagai  Bendahari.IMG-20150228-WA0038

Dengan lantikan tersebut maka lengkap lah proses penubuhan KPPM  yang mana  sekian lama dicadangkan  dan kini telah pun menjadi kenyataan.

Penglibatan  Yayasan Pembangunan Podok Malaysia  dalam bidang perniagaan melalui KPPM adalah merupakan  satu harapan baru untuk memertabatkan Sekolah sekolah Pondok di Malaysia.

KPPM dengan  penubuhannya telah mendaftarkan  bidang Hartanah, Perlancongan, Telekounikasi, Peruncitan, Kewangan dan juga Perlancongan sebagai medium teras untuk menghasilkan pendapatan untuk KPPM.

Menurut Pengerusi KPPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim, langkah pertama yang akan dilakukan ialah dengan melakukan   penambahan ahli  serta mempromisikan  KPPM yang mana telah menjadi sebahagian daripada  rangkaian  Koperasi di Malaysia.

Ketetapan telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah dengan mengaris panduankan bahawa setiap ahli biasa akan  dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 ( sepuluh ringgit sahaja) dan dalam pemilikan saham pula setiap  sesaham bernilai  RM200.00 (Dua ratus Ringgit)

Untuk melicinkan perjalanan KPPM , Ahli Lembaga Pengarah telah sebulat suara menetapkan bahawa jawatan jawatan yang disandang adalah di buat secara sukarela dan tidak dibayar  elaun dan menjadikannya tugasan tersebut sebagai Fardu Kifayah dalam membangunkan Institusi Pondok di negara ini.

Dengan demikian, maka bermula lah demensi baru dalam  Pembangunan Pondok Di Malaysia dan buat julung kali nya telah melangkah kehadapan untuk berusaha sendiri dalam membangunkan serta memertabatkan Sokolah  Sekolah Pondok  dengan acuan dan sumber pendapatan sendiri.

Moga dengan tertubuhnya KPPM ini,  Segala kemudahan dan keperluan yang selama ini amat berkurangan  akan dapat doperlengkapkan  lagi disamping akan mengembangkan syiar Islam dengan seluasnya dan menghasilkan Ilmuan Agama yang berkualiti untuk bangsa dan negara.

Image | This entry was posted in YPPM Melangkah ke Dimensi Baru Dalam Bidang Perniagaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s