YPPM Lancar Bantuan Banjir Kepada Sekolah Pondok


Oleh rmfAgNJIFiCFrutIvWC0flz5ttqEKW5MqhT_Ica8CKSHseY

Secara keseluruhannya banjir telah melanda seluruh negeri Kelantan,Pahang dan beberapa buah negeri termasuk Perak.Banyak kediaman dan segalanya musnah dilanda  banjir serta  mengobankan banyak  kehidupan. Banjir pada kali ini amat mengejutkan banyak pihak ada yang tidak menyangka   keadaannya luar biasa sama sekali.

Sekolah , rumah , ternakan semuanya tengelam sama sekali . Hal ini tidak terkecuali dengan sekolah sekolah pondok yang ada di sekitar negeri Kelantan,Pahang dan beberapa buah negeri termasuk Perak. Bantuan pemulihan diperlukan segera untuk sekolah sekolah pondok ini.

Atas kesedaran dan keperihatinan tersebut , Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia telah melancarkan misi bantuan banjir kepada  Madrasah An-Najjah atau Pondok Bukit Keledang di Bera dan Madrasah Raudhah Al-Muhubbin atau Pondok Pak Kob, di Seberang Chenor.Pahang baru baru ini.

Dalam misi meyampaikan bantuan tersebut . YPPM yang diketuai oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif YPPM bersama En.Juhaidi Yean, Pengarah Operasi YPPM ke Pondok Pak Kob.  Turut serta bersama pelajar Sekolah Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Ai72WVNLBvMrWU7m8y09e9mRXCA-q-wHlXDcdqFCuRJ5

Dalam misi bantuan banjir ini YPPM telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari  beberapa pihak lain, termasuk Yayasan Salam, Kolej Vokasional Auto Prima (Shah Alam) dan sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Bantuan yang disampaikan adalah  dalam bentuk bahan bahan binaan untuk membina semula bangunan pondok yang telah terjejas akibat banjir yang berlaku baru baru ini, Disamping itu juga bantuan dalam bentuk keperluan juga telah disampaikan.AkJrBVoV1NkqSNBhksAUrYoojFQ-Y3Qj-fHQMGiDYCoV

YPPM amat berharap dengan  bantuan yang disalurkan akan dapat memulihkan semula  pondok-pondok terlibat dengan  bencana banjir untuk berfungsi seperti sediakalaDalam pada masa yang sama , pihak GiatMara telah bersedia membantu pondok-pondok tersebut memperbaiki pendawaian yang rosak

Diatas kekurangan yang ada YPPM  telah menyarankan agar badan badan koporat, swasta dermawan, baik syarikat, organisasi atau individu, untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi membolehkan pengagihan kepada lebih banyak pondok yang terbabit. Kerja sama yang erat diantara seluruh golongan masyarakat bagi menghulurkan bantuan dengan harapan agar kesinambungan pengajian pondok di seluruh negara dapat diteruskan.

This entry was posted in YPPM Lancar Bantuan Banjir Kepada Sekolah Pondok and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s